Sekolah Agama Al-Fateh UPNM

Dimulakan pada Jan 21, 2021

DANA PENGURUSAN PEMBANGUNAN SEKOLAH FASA 1

RM1,346 / 1.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah KAFA swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan beroperasi sehingga kini...
Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah KAFA swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan beroperasi sehingga kini di bawah seliaan Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sekolah ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran Fardu Ain dan Al-Quran bagi murid-murid di sekitar Sungai Besi berikutan sekolah KAFA yang sedia ada di kawasan ini tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.

Sekolah Agama Al-Fateh beroperasi di dalam kawasan Surau Jumaat Muhammad Al-Fateh, UPNM dan mempunyai sebanyak lima (5) ruang kelas hasil daripada pengubahsuaian di beberapa bahagian dalam surau tersebut. Setakat ini kelima-lima kelas ini menempatkan murid darjah satu hingga darjah lima dengan kapasiti yang kondusif bagi setiap kelas adalah seramai 25 orang murid, namun jumlah pelajar yang ramai dan kelas yang terhad menyebabkan jumlah murid dalam setiap kelas adakalanya mencecah sehingga 35 orang pelajar.

Menjelang tahun 2022, pembukaan kelas murid darjah enam menyebabkan ruang kelas sedia ada tidak mampu menampung jumlah keseluruhan murid dan sekolah memerlukan tambahan ruang kelas serta fasiliti sekolah yang juga makin bertambah. Selain itu, sumber kewangan sekolah pula bergantung sepenuhnya kepada pembayaran yuran ibu bapa tanpa sumber kewangan tetap yang lain bagi menampung kos pengurusan sekolah seperti pembelian peralatan mengajar dan pembayaran gaji guru sekolah yang kini mempunyai seramai 170 murid dan 5 orang guru.

Mudah-mudahan melalui sumbangan daripada pelbagai pihak dapat membantu mengurangkan bebanan kos pengurusan sekolah serta dapat menampung kos pembinaan tambahan ruang kelas yang baharu bagi memastikan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 08, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 03, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 27, 2021

Kempen Sumbangan Tamat