Assalamualaikum w.b.t. Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah memutuskan untuk menyediakan sebuah telaga (tube well) di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah. Cadangan ini tercetus bilamana ketika berlaku bekalan air...
Assalamualaikum w.b.t. Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah memutuskan untuk menyediakan sebuah telaga (tube well) di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah.
Cadangan ini tercetus bilamana ketika berlaku bekalan air terputus, masjid menjadi tempat tumpuan penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan asas. Sememangnya masjid mempunyai tangki yang besar tetapi tidak dapat menampung keperluan penduduk setempat dan juga memberi kesan kepada keperluan masjid untuk menguruskan kebersihan dan keceriaan kawasan masjid.
Justeru, Masjid Abu Ubaidah menyeru orang ramai menyumbang untuk menyediakan sebuah telaga (tube well) di bawah program "INFAK TELAGA SABIL (TUBE WELL)" bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan juga masjid.
Pihak masjid telah mengenalpasti syarikat yang akan mengendalikan kerja-kerja pemasangan telaga (tube well) sedalam 200 kaki, dan anggaran kos tersebut berjumlah 20,000.00. Syarikat tersebut akan bertanggungjawab menguruskan daripada mula sehingga semuanya selesai (gali, paip, pam air dan lain-lain).
Semoga dengan sokongan dan sumbangan orang ramai program "INFAK TELAGA SABIL (TUBE WELL)" ini berjaya dilaksanakan. Semoga Allah memberi keberkatan dan rahmat kepada penderma atau penyumbang "INFAK TELAGA SABIL (TUBE WELL)" dan pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih.