Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jan 25, 2022

SUMBANGAN UNTUK ALLAHYARHAM ABANG ALI

RM17,470 / 102.76 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM17,000

600 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami dalam menjayakan kempen ini untuk membantu ahli keluarga Allahyarham Abang Ali.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian sahabat yang dikasihi iaitu Allahyarham Abang Ali (Ali Bin Salimin). Pemergian Allahyarham secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada kita semua. Allahyarham Abang Ali memulakan perjuangan untuk ummah dan hijrahnya semasa bersama PPIM dari tahun 2014. Dikalangan kami, Abang Ali sangat terkenal dengan sikap mesra dan hormatnya. 




Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa Allahyarham Abang Ali meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahiran beliau. Pagi sebelum Allahyarham memulakan perjalanan ke Johor, puluhan sahabat memberi ucapan serta doa sempena ulang tahun kelahirannya, selang beberapa minit kami menerima berita kemalangan dan disusuli dengan berita kematian Allahyarham. Ternyata Allah lebih menyayangi Allahyarham Abang Ali.



Atas izin Allah, pada hari yang sama juga kami (warga PPIM & sumbangan.com) telah menyegerakan perlaksanakan badal umrah serta menyedekahkan 2 ekor kambing atas nama Allahyarham. Badal umrah, penyembelihan dan pengagihan daging sembelihan dilaksanakan di Tanah Suci Kota Mekah di hari yang sama. Semoga Allah menerima ibadah tersebut memberi ganjaran kepada Allahyarham Abang Ali. 



Ramai dari kalangan sahabat serta orang awam yang mencadangkan agar kempen sumbangan kepada Allahyarham Abang Ali dibuka bagi meringankan beban waris Allahyarham serta menyelesaikan urusan Allahyarham yang masih tertangguh seperti perlaksanaan (badal) haji serta hutang (sekiranya ada). Oleh yang demikian, kempen Sumbangan Untuk Allahyarham Abang Ali dibuka kepada awam.


Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan anda amatlah dialukan. Setiap ringgit yang disumbangkan akan disalurkan sepenuhnya bagi tujuan di atas. Pihak sumbangan.com tidak mengenakan sebarang caj bagi kos penganjuran kempen ini bahkan menanggung segala kos termasukan caj gerbang pembayaran (payment gateway).



Semoga Allah membalas kebaikan para penyumbang serta memberi ganjaran kepada Allahyarham Abang Ali.


Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat