PERTUBUHAN DOKTOR PRIHATIN

Dimulakan pada Feb 15, 2022

BANTUAN ALATAN PERUBATAN

RM380 / 7.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bagi menangani permasalahan berkaitan jangkitan kuman serta kekangan bekalan asas perubatan untuk luka, pihak kami menjalankan kempen ini bagi membantu mereka memerlukan. AYUH BANTU!

Masalah kesihatan di Malaysia kini bukan benda yang baharu lagi dan ramai pesakit tiada dana untuk menjalani kelangsungan untuk rawatan susulan. Hal ini kerana, kos untuk rawatan serta perubatan bukanlah kos yang rendah dan akan menelan belanja yang agak besar jika dihitung setiap tahun.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para dermawan sekalian, Di dalam rangka jelajah Pertubuhan Doktor Prihatin team kami telah melawat beberapa pesakit warga emas uzur di kawasan Selangor. Salah satu daripadanya dalam keadaannya kurang sihat, terlantar dan mengalami banyak luka tekanan/pressure sore di balakang badan dan juga kaki.



Dr Hazimi juga telah membuat pemeriksaan pada lukanya dan melakukan wound dressing serta memberikan sedikit penerangan berkaitan penjagaan luka kepada ahli keluarga. Hal ini kerana pihak keluarga perlu terus memantau dan lebih cakna dengan perkara berkaitan dengan kesihatan.


Peringatan Rasulullah SAW berkaitan nikmat sihat dan masa lapang turut dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu masa mudamu sebelum kamu tua, masa sihatmu sebelum kamu sakit, masa kayamu sebelum kamu miskin, masa lapangmu sebelum kamu sibuk dan masa hidupmu sebelum kamu meninggal dunia." Hadis Riwayat al-Hakim



Barangan kesihatan yang diperlukan :

✅ Susu Ensure

Disposable dressing set

Duoderm gel (ubat cuci luka)

bBue sheet



Bagi menangani pesakit-pesakit yang terlantar seperti ini, pihak kami juga memerlukan Ripple Mattress dan Hospital Bed sebagai langkah untuk mencegah luka-luka lebih melarat. Insyallah bersamalah kita bantu untuk mendapatkan alatan kesihatan di atas.



Sebagaimana Firman Allah S.W.T :


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya." – ( Al-Maidah: 2 )


Mungkin kecil di mata kita untuk kelengkapan asas perubatan yang diperlukan mereka tetapi besar buat mereka jika mana-mana pihak sudi menghulurkan sumbangan berkaitan. Marilah bersama kita hulurkan serendah RM10 untuk menjayakan kempen ini. 


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat