PERTUBUHAN PROFESIONAL AMAL EHSAN

Dimulakan pada Nov 23, 2022

SUMBANGAN KOS RAWATAN DIALISIS BUAT ASNAF DAN OKU

RM1,245 / 2.49 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

58 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengumpulkan sejumlah dana untuk sumbangan pembiayaan rawatan dialisis bagi golongan sasaran untuk membantu kelansungan hidup mereka. Ayuh bantu mereka!


Mari kita sama-sama meringankan beban saudara kita yang sedang menjalani rawatan hemodialisis. Mereka kebanyakannya terdiri dari golongan asnaf dan OKU yang telah mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan hilang upaya kerja. 



Mereka perlu menjalani rawatan cuci buah pinggang (dialisis) selama 3 sesi seminggu dengan kos sebanyak RM3800 sebulan. Ada diantara mereka yang terpaksa skip rawatan dialisis kerana tidak mampu membiayai kos rawatan yang tinggi. Justeru, pihak Amal Ehsan mengambil inisiatif untuk membuka tabung sumbangan untuk orang awam bersama-sama membantu meringankan beban mereka.




Amat besarlah harapan mereka jika ada yang mampu membantu dan dengan adanya dana sumbangan rawatan dialisis ini pastinya mampu memberi harapan untuk kelangsungan hidup mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang. Permohonan yang kami terima setakat ini dari kalangan para pesakit buah pinggang di sekitar Lembah Klang yang mana kita maklum kos hidup yang tinggi di kawasan bandar dan pinggiran bandar.



مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2022

MOHAMAD IDRUS BIN MOHAMAD DON DON

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat