Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
25/1/2022 - Team Pasak hadir bersama-sama memberi bantuan di Majlis Sumbangan Kebajikan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman kepada anggota-anggota mereka yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
22/1/2022 - Hari ni hadir memberi sumbangan di beberapa buat rumah orang2 tua di Lanchang Pahang. Banyak rumah-rumah di sini ditenggelami air hingga paras atap dan memusnahkan hampir semua barang-barang dan keperluan rumah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.
12/1/2022 - Alhamdullilah team PERTUBUHAN AMAL SANTUNI KASIH (PASAK) PPM-002-14-20022021 selesai menyantuni mangsa banjir di Kampung Chodan, Segamat. Kami ke tiga rumah yang terkesan untuk mencuci dan menyampaikan bantuan.
9/1/2022 - Alhamdullilah selesai mengagihkan barang sumbangan di sekitar kawasan yang terkesan akibat banjir, Bukit Changgang di Jalan Emas Kiri, Jalan Emas Kanan , Jalan Berlian dan Kg Orang Asli Bukit Serdang.
Kami mengagihkan:
- 30 toto
- 30 Bantal
- Tilam
- Plastik yang mengandungi barang dapur
- 50 Telekung
- 30 periuk nasi
- Pampers baby
- Baju baby
- Baju dewasa
31/12/2021 - Bersama-sama dengan team Reappear MC menghantar sumbangan kepada OCPD IPD Sepang membantu anggota yang terjejas kena banjir seramai 40 anggota.
Terima kasih kepada yang memberi sumbangan hanya Allah saja dapat membalas.
26/12/2021 - Alhamdullilah selesai menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kepada penduduk Pahang, Chegar Medang, Paya Pelantar, Lengkong & Perumahan Karak Prima. Kami turut memberi sanitary bag yang mengandungi sabun,pad pakaian dalam wanita dan lelaki. Tidak lupa juga kain pelikat, tuala, tilam toto dan bantal. Menyantuni juga kanak-kanak di sana dengan memberi mainan.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"...
Semoga mereka diberikan rezeki yang lebih baik selepas kejadian ini dan sumbangan anda amat diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang lain di seluruh negara.
23/12/2021 - PASAK bergerak ke kawasan Hulu Langat untuk memberi tenaga kerja untuk mencuci rumah yang terkesan akibat banjir. Tidak lupa juga kami turut mengedarkan sumbangan packet toiletries yang mengandungi pakaian dalam wanita dan lelaki, sabun dan pad wanita. Barangan dapur juga diberi selain tilam toto, bantal, tuala dan kain pelikat.
Besar ujian mereka yang terlibat dan semoga bantuan dan sumbangan orang ramai sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan dan kesusahan mereka.
21/12/2021 - Alhamdullillah syukur kehadrat ilahi pihak kami PERTUBUHAN AMAL SANTUNI KASIH (PASAK) selesai menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir barangan asas seperti makanan, minuman, pampers kanak-kanak, pad, pakaian dalam wanita kepada penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam.
Bergerak pula menghantar barang keperluan asas di Pusat Pemindahan Sementara Di Politeknik Premier Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.