BANTUAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN ANAK SABAH

RM6,095 / 60.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

193 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan bagi membantu pendidikan dan kebajikan anak asnaf di Sabah khususnya dalam memantapkan pendedahan kepada ilmu Al-Quran, tajwid dan sahsiah.


Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan NGO pendidikan yang menyantuni setiap peringkat umur daripada golongan kanak-kanak sehingga warga emas. PACU mempunyai inisiatif di bawahnya yang memang khusus ditubuhkan untuk menguruskan aktiviti pendidikan iaitu Raudhatul Huffaz.




Raudhatul Huffaz (RH) ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari 2014. Kelab ini merupakan organisasi bukan keuntungan yang diwujudkan untuk menyubur dan menyemarakkan budaya menghafaz Al-Quran. RH mempunyai hampir 40 cawangan kelas di seluruh Malaysia dan sentiasa komited dalam menyuburkan dan meyemarakkan budaya membaca Al-Quran. Terutamanya untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan cara konsep seperti takaful iaitu sebarang keuntungan dari sumbangan bulan akan di gunakan untuk menaja pelajar yang miskin, anak yatim, anak-anak ibu tunggal, keluarga kurang mampu dan fakir miskin di Semenanjung dan Borneo.



Visi Raudhatul Huffaz adalah untuk melahirkan generasi penghafaz Al-Quran dan Hadis yang mantap ibadahnya, peduli dengan isu umat Islam dan berakhlak mulia serta mengamalkan imu yang diperolehi. Manakala, misinya pula untuk melahirkan generasi huffaz Al-Quran berumur antara 4 hingga 15 tahun.



Pengisian yang dijalankan dalam kelas mengaji ini mengikut modul yang telah disusun oleh Kelab Raudhatul Huffaz. Modul- modul berikut diajar dalam bentuk teori dan praktikal agar pelajar lebih memahami apa yang dipelajari. Terdapat 2 modul iaitu pembelajaran Al-Quran dan Fardhu Ain secara menyeluruh. Kami mempunyai pelajar di Semenanjung dan Sabah iaitu:


Semenanjung


1. Kuala Lumpur - 86 orang

2. Selangor - 22 orang (belum di taja)

3. Pahang - 38 orang (belum di taja)

4. Johor- 50 orang (belum di taja)


Sabah


1. Papar- 30 orang ( 23 orang belum ditaja)

2. Putatan- 50 orang (24 orang belum ditaja)

3. Kinarut- 29 orang (belum ditaja)

4. Kota Kinabalu- 14 orang (belum ditaja)

5. Kota Belud- 15 orang (belum ditaja)

6. Pitas- 166 orang ( 95 orang belum ditaja)





Jadi, ini adalah tanggungjawab kita untuk membantu anak-anak asnaf ini kerana suatu hari nanti mereka yang akan meneruskan dalam memajukan dan mentadbir negara kita ke arah yang lebih baik. Oleh itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak dalam membantu projek pendidikan untuk anak-anak asnaf ini amatlah diharapkan agar dapat membantu anak-anak di kawasan PPRT dan pedalaman Sabah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2023

ABD MALIK JAFFAR

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2023

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat