DANA NAIKTARAF PUSAT KOMUNITI ANJUNG INSYIRAH

RM250 / 2.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membantu golongan yang ingin mendalami ilmu agama dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan tetapi mempunyai kekangan tempat dan masalah keselamatan pusat komuniti sedia ada.


Dunia semakin penat, manusia kian tenat. Telah menjadi lumrah kehidupan bahawa akan ada sekelompok manusia yang akan berjuang mati-matian untuk mengajak sekelompok manusia lagi untuk kembali pada Allah SWT, ajaran Islam yang sebenar. 



Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT semenjak Anjung Insyirah PACU yang merupakan pusat pendidikan pertama di Putatan, Sabah dibuka, semakin ramai masyarakat disana telah pandai mengaji bahkan ada pelajar yang telah pun menjadi tenaga pengajar di sini. 



Hampir beberapa tahun kelas beroperasi di Anjung Insyirah ini, ia telah dihadiri oleh masyarakat setempat daripada keluarga asnaf dan mualaf. Seiring dengan pertambahan jumlah pelajar dan ruang kelas yang kecil menyebabkan pihak pengurusan perlu segera mengambil langkah. Untuk pengetahuan ramai, Pusat Komuniti ini bukanlah dibuka hanya untuk kelas mengaji, namun pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang telah pun diadakan disana seperti pertandingan memasak, program Aura Wanita bulanan dan pelbagai lagi.



Selain daripada kekangan ruang kelas yang sempit, masalah syiling, paip bocor dan masalah keselamatan juga perlu segera diatasi agar kelas dapat dijalankan dengan lebih selesa lagi. Oleh itu, marilah sama-sama kita bantu dalam usaha membaik pulih pusat komuniti dengan menyalurkan sedikit sumbangan 1 lot = RM10.00 atau seikhlas hati. Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan dapat meringankan bebanan dan memudahkan urusan ahli anjung insyirah dalam menuntut ilmu. Jom bantu saudara kita.



Semoga dengan usaha kita memberikan sumbangan dapat menjadi asbab hidup yang diberkati oleh Allah SWT serta diberikan ganjaran pahala yang berterusan selagi mana fasiliti ini digunakan oleh mereka yang memerlukan. InsyaAllah. Terima kasih kepada semua para penyumbang. 



Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‏اليد العليا خير من اليد السفلى
Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat