Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jan 17, 2022

BAIKPULIH MADRASAH KAMPUNG TIROK

RM65,017 / 100.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM65,000

1822 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama kami untuk membantu MADRASAH KAMPUNG TIROK dalam penambahbaikan demi keselesaan penduduk setempat ini kegunaan awam di jalan Allah.

Tidak pernah sedikitpun penduduk sekitar mengeluh atau patah semangat dalam menuntut ilmu di jalan Allah. Sedih kita melihat kedaifan tempat menuntut ilmu mereka dengan keadaan yang serba kekurangan di Madrasah Kampung Tirok, Tanah Merah, Kelantan. 


Alhamdulillah, kita sendiri tak diuji untuk belajar atau berbincang dalam keadaan persekitaran yang tidak sempurna lagi pembinaannya. Madrasah ini telah terbina pada tahun 1990 hasil sumbangan orang ramai dan pada tahun 2010 Madrasah ini telah melakukan sedikit penambahbaikan untuk kegunaan orang awam. Penambahbaikan yang dibina adalah serba sedikit demi keselesaan penduduk setempat yang semakin ramai serta untuk kegunaan awam. 



Jika dikira dari segi tahun, jarak di antara 2010 – 2022 telah menjangkau 12 tahun dan sudah pastinya fasiliti dari segi pembangunan dan juga infrastruktur akan dimamah usia. Wakil tinjauan pihak kami ke Madrasah tersebut mendapati, Madrasah ini semakin nazak dan bertambah teruk apabila baru-baru ini musim hujan secara berterusan telah mengakibatkan kerosakkan harta-benda seperti bumbung bocor. Hal ini menyebabkan syiling, karpet, buku-buku serta akan berlaku kerosakan litar pintas. Jika berlakunya musim tengkujuh, sudah pasti Madrasah akan mengalami kebocoran yang lebih terok dan mengakibatkan kerosakan harta-benda yang lebih banyak.


Syiling yang bocor


Kesan bocor serta pihak madrasah akan meletakkan baldi setiap kali hujan


Kami ingin menyeru anda sekalian untuk bersama kami membantu mereka dalam baikpulih Madrasah ini untuk kegunaan penduduk setempat dari segi pendidikan, dakwah, mesyuarat dan lain-lain. Mungkin kita tidak dapat memberikan mereka keselesaan 100% tetapi dengan sumbangan yang diberikan ini, akan memberikan mereka sedikit keselesaan dalam menuntut ilmu di jalan Allah. 


Semoga, dengan sumbangan yang diberikan akan menjadi asbab ke syurga bersama di akhirat kelak. 


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

ZAINA BEVI BT ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM150.00

May 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat