Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM225 / 6.43 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan penuh rendah hati, sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah Baitul Quran, yang terletak di Kampung Gong Balai, Merchang, Terengganu, merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang komited dalam membimbing para pelajar dalam hafazan Al-Quran dan pengajian ilmu-ilmu agama.

Pada masa ini, madrasah menempatkan seramai 30 orang pelajar tetap, dan beroperasi sepenuhnya hasil daripada sumbangan masyarakat, dermawan dan sokongan orang ramai. Keprihatinan dan sokongan anda amat kami hargai dalam meneruskan kesinambungan pendidikan Al-Quran di madrasah ini.

Walau bagaimanapun, kami ingin memaklumkan bahawa struktur pagar dan tingkap madrasah kini berada dalam keadaan yang uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Keretakan serta kerosakan yang berlaku berpunca daripada faktor persekitaran khususnya kerana lokasi madrasah yang berhampiran dengan laut.

Hakisan garam laut telah mempercepatkan proses kakisan pada bahagian logam, serta menyebabkan kerosakan serius pada struktur kayu dan besi yang digunakan. Keadaan ini telah menimbulkan risiko keselamatan yang membimbangkan kepada pelajar serta para penghuni madrasah.

Sehubungan dengan itu, pihak madrasah memohon jasa baik tuan/puan untuk membantu kami dalam usaha membaik pulih dan menggantikan struktur yang telah rosak ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab pahala berpanjangan, serta peluang menyumbang kepada pendidikan anak-anak Al-Quran yang bakal menjadi pewaris dakwah ummah.
“Barangsiapa yang membina sebuah tempat untuk menuntut ilmu, maka Allah akan bina untuknya sebuah mahligai di syurga.”
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2025