PERTUBUHAN BAITUL ASNAF

Dimulakan pada Jan 31, 2023

DANA PEMBELIAN KENDERAAN DAN OPERASI BAITUL ASNAF

RM31,509 / 100.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM31,500

1421 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mengumpul sumbangan bagi pembelian kenderaan baru buat anak-anak di Baitul Asnaf dan juga meringankan kos pengurusan perbelanjaan harian di sini.


Baitul Asnaf merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan pada awal 2007 yang menaungi seramai 50 orang dan terdiri daripada anak yatim, anak-anak dari broken family, orang kurang upaya (OKU), fakir miskin dan gelandangan.


Baitul Asnaf juga terlibat dalam menyalurkan bantuan mangsa banjir, pelarian, kemiskinan melampau sama ada di luar negara , mahupun di dalam negara. Pada awalnya, Baitul Asnaf ditubuhkan untuk menjadi pusat membela golongan OKU dan golongan yang memerlukan. Sekarang, Baitul Asnaf mula menempatkan anak-anak dari latar belakang yatim, broken family dan juga asnaf. Ketika ini, seramai 7 orang anak-anak yang baru ditempatkan di dalam rumah Baitul Asnaf.



Objektif utama Baitul Asnaf sekarang adalah lebih menumpukan untuk membela dan melindungi anak-anak dari latar belakang broken family dan menjadikan mereka insan yang berperibadi mukmin yang dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara biarpun dalam serba kekurangan disamping masih lagi menjalankan misi bantuan untuk membantu golongan OKU dan golongan gelandangan dan fakir miskin. Firman Allah SWT:


"𝐽𝑖𝑘𝑎 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑖, 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑢 𝐷𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎 𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑡𝑢, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑛𝑡𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑒𝑙𝑖𝑠𝑖ℎ 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡. 𝑀𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛𝑚𝑢. 𝐷𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ (𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑠𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔) 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑖𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛." (Surah Hud, ayat 118-119)



MEREKA MANGSA KERUNTUHAN RUMAH TANGGA


Membekalkan keperluan, mencurahkan segala keprihatinan dan kasih sayang tanpa belah bahagi dan mewujudkan suasana kemanusiaan kepada golongan ini adalah matlamat utama Baitul Asnaf diwujudkan. Kebahagiaan itu milik semua orang dan tidak adil sekiranya anak-anak seperti mereka disisihkan daripada merasai segala nikmat kebahagiaan seperti manusia biasa hanya kerana mereka dibesarkan dalam keadaan keluarga mereka berantakan.


Menjadi mereka, kita tidak mampu membayangkan segala kesengsaraan dan penderitaan yang menghantui kehidupan mereka dan apa yang kami lakukan di sini adalah sebahagian usaha kecil untuk menghilangkan segala rasa itu dari hidup mereka.


WALAU KAMI TAHU, SEMUA INI TIDAK CUKUP


Di Baitul Asnaf inilah anak-anak dari broken family dan asnaf ini dibela, dilindungi dan dirawat segala luka, parut yang mencengkam kehidupan gelap mereka. Kami tahu untuk menutup semua itu amatlah mustahil tapi sekurang-kurangnya, kami mahu menjadi sebab untuk mereka tersenyum dan gembira walaupun sedikit dengan penjagaan dan pendidikan yang diberikan.



BANTUAN DANA PEMBELIAN KENDERAAN RUMAH BAITUL ASNAF


Buat masa ini, kami amat memerlukan kenderaan baru untuk kegunaan harian anak-anak di sini. Kenderaan ini amat penting bagi kami untuk mengangkut anak-anak ke sekolah dan hal-hal lain. Kenderaan sedia ada adalah kenderaan lama dah kerap kali rosak di tengah jalan. Selain itu, kos maintenance kenderaan ini juga semakin meningkat dan ianya agak membebankan kami.


Baru-baru ini, kenderaan kami mengalami kemalangan kecil kerana tayar tercabut. Nasib baik tak langgar kenderaan lain atau pejalan kaki. Hanya kenderaan kami yang kemalangan bersendirian.


Hal ini tejadi kerana tayar hadapan hampir tercabut akibat kerosakan bahagian drive sharp, lower arm, balljoint dan lain-lain part bahagian bawah kenderaan kami ketika sedang memandu menguruskan keperluan anak-anak asnaf.


Panggil tow truck datang tarik je dah melayang RM300, kos repair lagi dah hampir RM1,000. Jika kami dapat kenderaan baru, kos ni semua dapat dijimatkan. Yang lebih utama ialah keselamatan anak-anak, kenderaan ini semakin hari semakin tidak selamat dinaiki. Atas sebab itu kami memohon agar insan prihatin di luar sana untuk bersama-sama infaq kepada pembelian kenderaan buat anak-anak di Rumah Baitul Asnaf ini.



BANTUAN DANA OPERASI RUMAH BAITUL ASNAF


Kami juga memerlukan bantuan dan sokongan anda semua untuk membantu menampung kos operasi kami seperti perbelanjaan bulanan dalam menjalankan bantuan kepada para penerima yang merangkumi biil api, air, sewaan rumah, makanan, bahan basah, keperluan rumah, saguhati petugas serta banyak lagi bentuk bantuan yang selayaknya diterima oleh golongan asnaf ini.


PERUNTUKAN KEWANGAN



Bantuan dari segi bekalan makanan, keperluan harian, perubatan dan juga motivasi serta peluang pekerjaan, pokoknya apa yang kami mampu akan kami bekalkan kepada mereka supaya semangat juang mereka tidak pudar dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Segala bantuan itu juga disalurkan supaya kesenangan mereka esok akan menjadi cerminan kepada nilai kemanusiaan kita ketika ini. 


Apa kita nak jawab di akhirat nanti kalau kita tahu kita mampu, tapi masih ada anak-anak kecil yang tersisih dari merasa segala manfaat rezeki kita?



Mari bersama kami membantu dan mengeluarkan mereka daripada kesedihan. Melalui sumbangan anda, akan lebih ramai lagi anak-anak seperti mereka akan dapat dibantu dengan segala kasih sayang, didikan agama, keperluan, peluang dan bantuan yang diperlukan oleh mereka. Pada masa yang sama, manfaat kasih sayang dapat terus menerus sampai kepada setiap jiwa anak-anak ini. Semoga setiap sumbangan anda akan membawa kebahagiaan dalam hidup anda dan juga anak-anak ini.



Ekoran itu, kami di Baitul Asnaf dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada dana operasi pengurusan Baitul Asnaf untuk membantu golongan yang tersisih seperti mereka. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan.


“𝐷𝑎𝑛 (𝑖𝑛𝑔𝑎𝑡𝑙𝑎ℎ) 𝑎𝑝𝑎 𝑗𝑢𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑒𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑘𝑎𝑚𝑢, 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑠𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑠𝑖 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑖𝑘-𝑏𝑎𝑖𝑘𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑝𝑎ℎ𝑎𝑙𝑎𝑛𝑦𝑎.” (Surah Al-Muzzammil: 20)



Kami doakan agar setiap sumbangan anda akan mendapat ganjaran dan darjat yang mulia di sisi Allah SWT, terima kasih.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎), 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎.” (Surah Ali Imran, ayat 92)


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus menghubungi 012-279 3598 (Tuan Shukri) atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat 837, Jalan Ara Sendayan ⅗, Taman Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan, 71900 Seremban, Negeri Sembilan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat