YAYASAN SENI KARYA PRIHATIN MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 21, 2023

BAKUL MAKANAN BUAT 500 FAKIR MISKIN

RM2,305 / 76.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

83 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dahsyatnya sedekah di bulan Ramadhan berbanding bulan yang lain. Ayuh bersama Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia dan Erma Fatima bersama membantu mereka yang tidak berkemampuan.


Alhamdulillah kali ini kita diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang. Tetapi tidak semua insan beruntung seperti kita.



Ada saudara Islam kita yang diuji dan tidak berkemampuan bahkan tidak mempunyai juadah untuk berbuka. Pilu apabila mengenangkan nasib mereka yang mungkin terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan makanan. Sesungguhnya, Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Nabi Muhammad saw pernah bersabda:


“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa(iftar), maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa tersebut.” (Riwayat Tirmizi)




Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia adalah sebuah Organisasi Amal yang ditubuhkan bagi membantu golongan miskin, asnaf dan anggota masyarakat yang terpinggir. Setiap keluarga akan menerima bakul makanan bernilai RM100 berupa beras, minyak masak, tepung gandum, bihun, mi segera, sardin, kentang, bawang, biskut, gula dan garam. InsyaAllah bantuan ini mampu menampung mereka sekeluarga selama 2 minggu.




Kami menyeru kepada anda semua untuk berkongsi rezeki kepada mereka sebagai tanda syukur diberi kenikmatan dan kesempatan beramal di bulan penuh berkah ini Mudah-mudahan setiap rezeki yang dikongsikan mendapat berkat dan redha Allah dan digantikan dengan kebaikan yang berganda-ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMAD ALEE MOHD SAID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2023

RIZUAN RAZAK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

SAFRI IBRAHIM, DAYAH SAFRI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat