BANTUAN BANJIR 2022 LEMBAH KLANG

RM20 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan sumbangan kilat ini adalah inisiatif NGO kami untuk meringankan tanggungan di atas musibah banjir kilat yang teruk terjadi baru-baru ini kepada warga Lembah Kelang. Marilah bersama kami.


Hujan beberapa hari jam telah mengakibatkan banyak kawasan di Lembah Kelang dinaiki air. Lebih menyedihkan kebanyakan mangsa-mangsa ketika itu sedang bekerja dan berada dalam keadaan yang tidak bersedia kerana mencari rezeki.



Dugaan datang melanda kerana malang itu tidak berbau. Ada di antara mereka kereta ditenggelami air dan tersangkut ketika hendak pulang kerumah masing-masing.




Melihat keadaan yang memilukan ini kami Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju, menganjurkan kempen sumbangan kilat ke atas mangsa-mangsa banjir tersebut disekitar Lembah Kelang.


Bantuan akan disalurkan terus kepada 100 mangsa banjir di sekitar Lembah Klang bagi membantu mereka meringankan beban yang ditanggung atas kerosakan harta benda ketika banjir dan kerosakan lain. Antara bantuan yang kami akan salurkan adalah seperti di bawah mengikut keperluan berbeza. 


- Barangan asas makanan 

- Dapur gas 

- Periuk nasi 

- Barangan peralatan pembersihan rumah 


Sumbangan akan disalurkan secepat mungkin kepada para penerima manfaat mengikut kawasan yang ditenggelami banjir. Wakil kami akan turut turun padang dalam operasi pembersihan serta pengagihan ini. 


Ayuh bersama bantu menjayakan kempen ini. 



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

MIOR MOHD YAZMIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat