Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamualaikum Para Penyumbang,
Jumaat (31/12/2021)
Alhamdulillah, PPIM dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah membantu untuk penghantaran barang bantuan ke Pahang.
5 unit khemah 10x10 sebagai base station.
Assalamualaikum Para Penyumbang,
Alhamdulillah, pada 29/12/2021 (Rabu) lalu ATMS bersama PPIM pula bergerak ke Pahang untuk mengagihkan Kotak Infaq Rezeki kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.
Sebanyak 150 Kotak Infaq Rezeki telah dihantar ke Pahang menggunakan kenderan 4x4 bersama ATMS.
Teruskan menyumbang ! Semoga dengan usaha kita bersama dapat membantu mereka yang sangat memerlukan.
Assalamualaikum Para Penyumbang,
Alhamdulillah, pada 28/12/2021 (Selasa) lalu kami team UKPPIM berasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) telah bergerak ke Pahang untuk melaksanakan Misi Bantuan Banjir.
Dalam misi bantuan banjir kali ini, kami telah mengagihkan kotak infaq rezeki kepada penduduk kampung yang terjejas. Pihak APAM juga turut membantu membersihkan rumah-rumah penduduk kampung yang terkena banjir.
Terima kasih Para Penyumbang, dengan sumbangan yang diberikan telah ramai yang menerima manfaat.
Assalamualaikum Para Penyumbang,
Alhamdulillah, pada 24/12/2021 (Jumaat) baru-baru ini kami dari Unit Kebajikan PPIM bersama Team Mat Rock Ayam Goreng Kunyit dan Team sumbangan.com telah bergerak ke kawasan yang terjejas banjir di sekitar Pahang.
Sayu dan pilu hati kami setibanya kami di Pahang apabila melihat banyak rumah-rumah yang ditenggelami air, tanam-tanaman hancur musnah, kenderaan rosak dimasukki air banjir dan peniaga hilang punca pendapatan kerana barang-barang perniagaan juga rosak.
Pihak kami telah mengagihkan barang sumbangan seperti:
- Kotak Infaq Rezeki (barangan asas) - 200 kotak
- Susu Bayi - 200 kotak
- RTE Foods - 300 paket
- Roti - 20,000 paket
- Ibadah Kit (Sejadah, Al-Quran, Kain Pelikat & Telekung)
Terima kasih para penyumbang, kerana sumbangan anda telah ramai yang telah menerima manfaat.