BANTUAN KECEMASAN BANJIR PAKISTAN

RM5,355 / 17.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

172 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA BANTU SAUDARA KITA DI PAKISTAN YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR. BANTUAN ANDA SEMUA AMATLAH DIPERLUKAN.


Lebih 1,000 terkorban banjir di Pakistan, kanak-kanak turut terjejas. Kita dikejutkan dengan berita banjir besar Pakistan pada minggu ini yang telah meragut nyawa lebih 1,000 orang dalam masa beberapa hari. Semalam kerajaan Pakistan telah mengisytiharkan darurat hujan sehingga 30 Ogos 2022 dengan mengeluarkan amaran air Sungai Swat dan Indus berpotensi untuk melimpah. Dianggarkan 33 juta penduduk terjejas akibat banjir kali ini dan banjir kali ini merupakan banjir terburuk di dunia sejak tahun 2017.


Sumber gambar : Utusan Malaysia


Kanak-kanak, wanita dan haiwan peliharaan turut menjadi mangsa. Dianggarkan seramai 340 orang kanak-kanak turut menjadi korban banjir kali ini. Selain itu, kediaman dan bangunan awam turut rosak dan musnah. Perkara yang paling merisaukan adalah bantuan makanan yang lewat untuk tiba kepada mangsa banjir dan kemungkinan tersekat laluan untuk pasukan keselamatan menghantar bantuan makanan.


Sumber gambar: Berita Harian


Justeru itu, PERMAI CARE terpanggil untuk menggerakkan kempen Banjir Pakistan sebagai satu keprihatinan rakyat Malaysia terhadap mangsa-mangsa bencana. Sumbangan ini bukan sahaja akan digunakan sewaktu banjir terjadi, dan is juga akan digunakan setelah banjir surut untuk membantu pembangunan dan bantuan awal pasca banjir.


Sumber gambar: Astro Awani


Marilah kita bersama-sama membantu saudara kita di Pakistan. Sumbangan anda semua akan terus disalurkan dengan bantuan wakil NGO Malaysia yang akan ke Pakistan.


Sebarang Pertanyaan, boleh hubungi :
Khairul Anuar : 019-7762766

Ustaz Munir : 011-57827796


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD RADZIHAN

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2022

MAT ZAKI HJ.SAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat