Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Apr 13, 2023

BANTU BINA MASJID MELINDUNGI PELARIAN PERANG

RM4,520 / 4.52 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

212 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu kami selesaikan bayaran penuh tanah pembinaan masjid buat mangsa pelarian di Afghanistan. Masjid ini bakal memberi manfaat kepada beribu pelarian yang memerlukan di sana.


“Jika datang kepada kamu seorang Musyrikin yang meminta pertolongan, maka berikanlah kepada mereka supaya mereka dapat mendengar kata-kata Allah. Kemudian hantarkanlah mereka kepada tempat yang selamat kerana mereka ini tidaklah tahu dengan lebih baik.” (Imam Auzai)





Kerakusan dan ketamakan manusia mencetuskan peperangan memaksa mereka keluar dari tempat tinggal mereka, terpisah dari keluarga dan melihat keluarga mereka disiksa dan dibunuh. Mereka menjadi saksi segala kekejaman itu meragut nyawa anak, ibu dan bapa mereka. Mereka juga menjadi saksi kepada segala kekejaman nilai kemanusiaan yang berlaku. Mereka terpaksa lari dari semua itu hanya untuk berusaha untuk hidup satu hari lagi.



Salah satu krisis terbesar pelarian dunia adalah pelarian Afghanistan di sempadan Pakistan. Sejak 40 tahun lalu, Pakistan menerima 1.4 juta pelarian perang dari Afghanistan dan anggaran 4 juta pelarian itu tidak berdaftar. Kepadatan pelarian menyebabkan kerajaan Pakistan semakin menghadkan penerimaan pelarian. Namun itu semua tidak menghalang kami di PPIM bekerjasama dengan Arzaq Mobarakah Welfare Trust di Pakistan untuk memberi perlindungan kepada golongan ini.



PPIM bersama Arzaq Mobarakah Welfare Trust dalam fasa untuk membina sebuah masjid yang akan menjadi tempat perlindungan pelarian perang Afghanistan ini. Rancangan ini merupakan salah satu projek kebajikan untuk memberi dan membekalkan perlindungan jangka panjang daripada bergantung kepada bantuan satu masa sahaja dan menggalakkan semangat mereka untuk meneruskan hidup tanpa kebergantungan kepada orang lain.



Untuk membina masjid perlindungan untuk pelarian perang Afghanistan ini, tanah berkeluasan 15,000 kaki persegi di lokasi Buneyr, Khyber Pakhtun Khwa (KPK), Pakistan ini akan dimanfaatkan. Kami memerlukan dana dan sumbangan daripada anda untuk membeli penuh tanah ini supaya projek kemanusiaan ini dapat dijalankan.



Kami berhasrat membina masjid yang mampu memuatkan 10,000 jemaah. Selain itu, masjid dua tingkat ini juga akan dilengkapi dengan stor bawah tanah dengan ruang yang besar yang akan digunakan sebagai tempat memberi bekalan makanan dan sedekah kepada golongan yang memerlukan setiap minggu.


Masjid ini juga akan dilengkapi dengan ruang kelas untuk diadakan kelas Al-Quran, Hadith dan Tahfiz. Kelas-kelas ini dirancang untuk dilakukan di masjid ini sehingga pembinaan kelas Islamik dan Madrasah yang lebih besar dijalankan di peringkat seterusnya dalam projek ini.



Rancangan ini memerlukan sokongan dan ehsan anda semua untuk menjayakan projek kemanusiaan sebesar ini. Kami amat memerlukan sumbangan ikhlas dari anda untuk menamatkan kesengsaraan mereka sebagai pelarian perang.


NAMUN, TANAH INI AKAN DIJUAL


Tapi, adakah anda tahu, bahawa tanah ini akan dijual semula sekiranya pembayaran penuh tanah masih tertangguh?


Kami cuma mampu membayar RM300,000 untuk menyelesaikan harga penuh tanah berjumlah RM4 juta dan sekiranya kami masih menangguhkan bayaran penuh, tanah ini akan diambil semula.



BANTU KAMI AKHIRI PENDERITAAN MEREKA


"Siapa yang membangun masjid karena Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di surga." (HR. Ibnu Majah)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat