BANTUAN BANJIR 2022 FASA 1

RM13,957 / 13.96 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM100,000

512 penyumbang

1 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

Mari kita bersama menghulurkan tangan untuk meringankan beban buat mereka yang ditimpa musibah banjir. Sumbangan anda mampu mengukir senyuman diwajah mereka.


Banjir yang melanda Pantai Timur berulang kembali! Musibah banjir ini menyaksikan orang ramai mengalami kehilangan nyawa, harta benda, tempat perlindungan dan makanan.



Assalamualaikum wbt para dermawan, kami di WEAGRO turut ikut serta menyampaikan bantuan kepada negeri-negeri di Pantai Timur yang terlibat banjir sejak 26 Februari yang lalu. Kami akan menjalankan kempen Bantuan Banjir 2022 (Fasa 1). 




Sasaran agihan bantuan kami pada kali ini adalah kepada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan sepanjang bencana banjir ini berlaku. Antara agihan bantuan yang akan diberikan kepada mereka ini adalah:


1. Makanan ready to eat (RTE)

2. Kelengkapan solat & pakaian

3. Kelengkapan kesihatan & kebersihan

4. Kelengkapan bayi

5. Barang-barang keperluan semasa
6. Ubat-ubatan 

Pihak kami juga akan bekerjasama dengan pasukan sukarelawan yang berada di (PPS) untuk memberikan rekod mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Persiapan ini adalah perlu supaya agihan secara terus dapat dijalankan tiada masalah kekurangan bantuan semasa di sana.


Kami yakin bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama, ini telah menunjukkan solidariti dan semangat muhibah yang tinggi dengan saling membantu meringankan beban golongan terkesan akibat banjir. Perkara itu bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Perumpamaan orang Mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka seluruh badan akan merasakan panas dan demam." Riwayat Muslim



Marilah kita berdoa agar dikurniakan kecekalan dan ketabahan kepada semua yang ditimpa musibah serta diberikan nikmat yang lebih baik kepada mereka sebagaimana hadis daripada Ummi Salamah, katanya, 


"Rasulullah SAW bersabda bermaksud, Jika ada di antara kalian tertimpa musibah, hendaklah dia berkata: Maksudnya: "Sesungguhnya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali kepada-Nya. Ya Allah aku hanya menghitung pahala musibah ini di sisi-Mu maka berikanlah kepadaku pahala itu dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik daripada musibah ini." Riwayat Abu Daud


Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

  • Jun 17, 2022


Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

SITI AMIRAH HOOD

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 23, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 20, 2022