TABUNG BANTUAN PERNIAGAAN PELAJAR TERCICIR PERSEKOLAHAN

RM210 / 0.42 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tabung perniagaan ini adalah bantuan inisiatif kepada golongan pelajar agar mereka diberi peluang untuk berjaya kerana minat dalam perniagaan di samping itu mereka dapat membantu keluarga.


‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sejajar dengan misi Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju untuk membangunkan ekonomi asnaf dan mendekati pelajar yang tercicir dari keluarga B40, kami berusaha untuk membantu memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar yang tercicir dari keluarga ini. Namun ada di kalangan mereka bertekad untuk berhenti sekolah bagi membantu keluarga di usia yang masih muda akibat desakan hidup. Ada yang kembali menyambung persekolahan setelah kami bantu untuk dapatkan bantuan dari jabatan-jabatan yang berkaitan.



Untuk mengelakkan golongan pelajar ini dari terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, di samping mereka dapat membantu keluarga mereka, kami telah pun menjalankan kaji selidik dan kebanyakan daripada mereka lebih suka menjalankan perniagaan gerai burger. Daripada saringan yang kami lakukan, 10 orang pelajar tidak hadir ke sekolah kerana bekerja sebagai pembantu gerai jualan burger dan kedai makan. Mereka lakukan pekerjaan ini agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik untuk menampung kos sara hidup keluarga.



Tabung 'BizStart' atau Bantuan Perniagaan Pelajar Tercicir Persekolahan ini adalah salah satu inisiatif baru oleh Persuwa untuk membantu golongan pelajar yang tercicir ini yang mana mereka memang tidak lagi berminat meneruskan persekolahan namun berminat menjalankan perniagaan. Bantuan ini dibawah segmentasi program Persuwa di mana ia hanyalah sekali sahaja dan tidak berfasa. Mereka akan dihantar ke kursus perniagaan dan kami akan memantau kegiatan perniagaan mereka.



Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.


“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” (Al Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat