Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Apr 01, 2021
RM10,030 / 100.30 %
Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM10,000
280 penyumbang
16 Baki Hari
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jiwa Pahlawan Yang Terus Mengalir
Arieff Iskandar bin Ahmad Shahairi Izuan telah dilahirkan pada 19/06/2020 dalam keadaan yang sihat. Namun begitu, ketika berumur 7 bulan, Adik Arieff diuji dan telah menghadapi kegagalan buah pinggang tahap 5. Peratusan buah pinggang yang boleh digunakan hanyalah sebanyak 11% sahaja. Adik Arieff kini berusia 9 bulan, akan tetapi kekuatan dan keberanian yang diberikan oleh yang Maha Pencipta kepadanya sangat luar biasa kerana di usia yang muda, dia telah diuji dengan penyakit ini. Penyakit yang dihadapinya pula sangat jarang berlaku dalam usia sebegitu.
Alhamdulillah, adik Arieff telah berjaya menjalani pembedahan pertama pada 23/03/2021 untuk tapak dialisis yang dilakukan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Walau bagaimanapun, adik Arieff tetap perlu menjalani rawatan susulan yang mungkin menelan belanja yang agak besar.
Oleh itu, besar harapan kami agar para #penyumbang sekalian dapat menghulurkan sumbangan buat adik Arieff menjalani rawatan susulan. Kami yakin sumbangan yang akan diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu dan ayahnya. Di samping itu, kami juga ingin memohon agar anda sekalian dapat mendoakan agar adik Arieff terus diberikan kekuatan dalam menempuhi cabaran yang dilalui.
Sekian, terima kasih.
Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Admin Sumbangan
Jumlah: 16
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10
Apr 05, 2021
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM2,632
Apr 05, 2021
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10
Apr 05, 2021
SYAIFUL BAHRI B AHMAD TAJUDDIN
Menyumbang sebanyak RM10
Apr 05, 2021
MUNIRA
Menyumbang sebanyak RM10
Apr 05, 2021