PERTUBUHAN MIHRAB

Dimulakan pada Oct 05, 2021

BANTU FARAH KEMBALI CERIA

RM51,771 / 100.47 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM51,531

1681 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Kondisi jantung yang semakin membengkak menyebabkan pembedahan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan jangkitan lain. Mudah pitam dan kerap pengsan membataskan pergerakan beliau.

Pesakit bernama Syazana Farah Hani Binti James berusia 24 tahun bekerja sebagai seorang pembantu klinik swasta di Selangor. Beliau telah disahkan menghidap penyakit jantung sejak tahun 2012 dimana beliau perlu menjalani dua pembedahan iaitu Ablation dan Pacemaker. Kos bagi kedua dua pembedahan ini berjumlah RM110 ribu. Atas saranan doktor, pembedahan perlu dilakukan  dalam kadar segera bagi mengelakkan jangkitan lain kerana keadaan jantung beliau yang semakin membengkak. Wang simpanan beliau dan suami tidak dapat menanggung kos rawatan yang tinggi ini. Beliau merupakan seorang individu yang gemar akan aktiviti lasak seperti mendaki bukit dan berbasikal tetapi akibat dari penyakit yang dihadapinya telah mengakibatkan pergerakan beliau terbatas kerana sering pitam dan mudah pengsan.





Pecahan kos pembedahan beliau adalah seperti yang berikut:-

Jumlah keseluruhan: RM110,000

IJN: RM50,000

Dana yang berjaya dikutip dari keluarga dan sahabat: RM8,469

Baki yang perlu dicari dalam KADAR SEGERA adalah sebanyak

RM51,531




Oleh hal yang demikian, kami dari Pertubuhan Mihrab ingin mengajak anda semua untuk sama-sama membantu bagi mengumpulkan kos untuk pembedahan farah agar pembedahan dapat dilakukan secepat mungkin sebelum keadaan jantung belaiu menjadi lebih parah.

 

Ayuhlah, kita bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh Farah sekaligus mengembalikan keceriaan beliau dan semoga dengan bantuan kalian ini Farah dapat kembali sihat dan aktif seperti sediakala.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat