KELAB KOMUNITI JOM BANTU SABAH

Dimulakan pada Nov 24, 2022

JOM BANTU ADIK NUR AQILAH MASALAH PERNAFASAN KRONIK

RM5,180 / 103.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

179 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

PENYAKIT 1 DALAM 1000, BAYI SUKAR BERNAFAS PERLU BANTUAN. AYUH BANTU ADIK NUR AQILAH BAGI MENDAPATKAN BANTUAN KOS PEMBEDAHAN.


Adik Nur Aqilah berusia 7 bulan telah menjalani pembedahan trakeostomi pada Mei 2022, di mana tiub pernafasan diletakkan di tekak untuk merawat keadaan kesukaran pernafasan bayi disebabkan Severe laryngomalacia atau masalah pernafasan kronik. Tiub yang digunakan sekarang adalah untuk kegunaan jangka masa pendek sahaja. Kos untuk membeli tiub baru untuk kegunaan jangka masa panjang adalah sebanyak RM255.




Selain itu, adik ini juga dalam perancangan hospital untuk menjalani pembedahan Direct Laryngoscopy dan Teletracheobronchoscopy dengan anggaran kos bagi pembedahan tersebut adalah sebanyak RM3000 dan ibu pesakit dikehendaki membayar deposit sekurang-kurangnya RM2800 bagi membolehkan pesakit masuk ke dalam wad bagi tujuan pembedahan.



Kos susu, makanan tumbesaran dan perubatannya setiap bulan mencecah RM600. Ibu kepada pesakit merupakan ibu tunggal kepada 6 orang anak termasuk pesakit dan mengalami kesukaran pembiayaan rawatan hospital dari segi kewangan.



وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.


Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”

(Surah Al-Muzzammil: 20)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Dec 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat