BERAS UNTUK ASNAF

RM275 / 9.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU KAMI MERINGANKAN BEBAN MEREKA YANG MEMERLUKAN DENGAN PEMBERIAN BERAS YANG ANDA INFAQKAN.


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Program Infaq Beras kali ini dilaksanakan bersama Skuad Adam Danish bagi agihan khas di negeri Kedah untuk membantu para asnaf yang tidak berkemampuan membeli beras untuk kegunaan harian.



Sebanyak 100 beg beras (10kg) disasarkan untuk kempen ini yang melibatkan 100 buah keluarga yang memerlukan. Oleh yang sedemikian, pihak kami mengambil inisiatif secara agresif terpanggil untuk menyediakan landasan dalam menghulurkan bantuan yang diperlukan. 



Sumbangan yang anda hulurkan, amatlah bermakna bagi kami dan mereka yang memerlukan. Harapan kami, agar kita sebagai sebuah komuniti dapat bersatu hati dalam membantu masyarakat yang sedang menghadapi detik yang sangat sukar dan mencabar ini, dengan matlamat mampu meringankan beban mereka dalam mempermudahkan segala urusan yang dihadapi semampu yang boleh.



Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.



Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."


#SkuadAdamDanish

#KebaikanTanpaHenti


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROSLAN AWANG CHIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat