Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Sep 27, 2022

SEDEKAH BERBUKA PUASA ISNIN DAN KHAMIS DI MEKAH

RM46,469 / 103.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM45,000

1944 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama sama meraih pahala memberi makan kepada orang berpuasa. Semoga kita terpilih oleh Allah Swt termasuk di kalangan orang baik hati untuk memberi makanan percuma kepada mereka.


Assalamualaikum wbt. Kami mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kepada para penyumbang yang senantiasa ikhlas memberi sumbangan. Sesungguhnya mereka adalah di antara orang yang tidak takut miskin hanya kerana bersedekah.



Buat pengetahuan semua, penduduk yang berada di Mekah adalah dari pelbagai bangsa dan status. Tidak semua bernasib baik dari segi ekonominya. Namun, sebagai umat Islam di sana persamaan mereka adalah sama iaitu untuk beribadah kepada Allah. Di sana juga terdapat ramai rakyat Malaysia yang berhijrah untuk bekerja dan juga belajar. Amalan berpuasa sunat juga telah menjadi satu rutin bagi penduduk Islam di sana.



Justeru, kami terpanggil untuk melancarkan kempen Sedekah Makanan Berbuka Puasa Pada Setiap Isnin dan Jumaat di Kota Mekah.


Kami ingin mengajak anda semua untuk merebut peluang yang terbaik ini dengan memberi makan orang berpuasa di Masjidil Haram ini.


عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :‏ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun.” (Sunan al-Tirmizi, no.807)



Alangkah seronoknya mereka jika dapat menjamu juadah berbuka puasa yang sedap dan mengenyangkan. Mungkin ada di kalangan mereka sebelum ini hanya menjamah makanan sekadar untuk mengisi perut sahaja. Jadi, usaha ini adalah salah satu cara untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di sana.


Sabda Rasulullah SAW, “Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.



Tidak tetap kepada menjamu jemaah berbuka puasa sahaja. Antara sasaran kami adalah untuk memberi pek makanan dan minuman set lengkap yang siap masak. Kami juga akan membuat pembahagian daging mentah serta pelbagai jenis sedekah yang dianjurkan disini kepada mereka yang memerlukan dan kepada jemaah terutamanya pada hari isnin dan jumaat.



إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."

(Surah al-Baqarah: 271)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

AMBARIAH SAMSURI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

HAIZRENE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

IBRAHEM SUFFIAN

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat