PERTUBUHAN KEBAJIKAN SINAR BAKTI

Dimulakan pada Feb 26, 2022

DANA PEMBERSIHAN TAPAK PERKUBURAN

RM190 / 3.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Merayu orang ramai membantu mengutip dana bagi menjayakan kerja kerja pembersihan dan pengindahan tapak perkuburan Kg. Hulu Temu, Batang Kali, Selangor.


Kawasan tanah perkuburan ini adalah merupakan suatu perkara yang penting. Setiap kawasan perkampungan atau daerah perlu ada satu tanah lapang untuk dijadikan kawasan tanah perkuburan.


Assalamualaikum wbt para penyumbang, kami mendapat aduan daripada penduduk Kg. Hulu Temu di Batang Kali, Selangor bahawa tiada tanah dan ruang di kampung mereka untuk dijadikan kawasan tanah perkuburan. Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang baik hati telah mewakafkan tanah lapang untuk dijadikan kawasan tanah perkuburan. Akan tetapi kawasan tanak tersebut agak semak dan ada pokok besar yang tumbuh di tanah tersebut.


Jadi kami merasa terpanggil untuk membantu mereka untuk membersihkan kawasan tersebut agar memudahkan mereka pada masa akan datang sekiranya ada berlaku kematian di kampung ini.



Program gotong royong tapak perkuburan ini dengan kerjasama Jawatankuasa Khairat dan Kematian Kg. Hulu Temu, Batang Kali Selangor.


Berdasarkan perancangan awal, pihak pihak Majlis kerajaan tempatan akan turut dijemput bagi menjayakan program ini yang antara lain bertujuan bagi membersihkan tanah perkuburan berkenaan. Ini termasuk membersihkan semak samun dan memotong pokok-pokok besar yang tumbang di kawasan tanah perkuburan ini.


Masyarakat tempatan berhampiran turut dijemput khususnya keluarga dan waris-waris yang berkenaan di Kg. Kg. Hulu Temu untuk datang beramai-ramai bagi menjayakan program gotong royong ini.



Kalangan penduduk dan waris keluarga si mati yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam ini menyambut baik program sebegini di mana ianya akan dapat mewujudkan semangat kerjasama, memupuk ukhuwah dan silaturahim kalangan penduduk yang hadir.


"Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya." (HR. Muslim).


Ini adalah tanah wakaf yang diberikan oleh Hamba Allah 


Selain membersih dan lebih menceriakan kawasan tanah perkuburan ini, ianya juga secara tidak langsung menghindar daripada binatang berbisa seperti ular, biawak dan sebagainya bersarang di kawasan ini.


Penduduk yang akan menyertai program gotong royong ini membawa akan bersama peralatan memotong dan membersihkan seperti parang, kapak, penyapu dan sebagainya manakala dana yang disumbangkan akan digunakan untuk tujuan upah penggunaan jentera berat, makan minum dan kelengkapan kelengkapan lain untuk tujuan pembersihan dan pengindahan kawasan tanah perkuburan ini nanti.


Pembersihan akan membersihkan kawasan semak-samun tersebut


Penduduk yang akan menyertai program gotong royong ini membawa akan bersama peralatan memotong dan membersihkan seperti parang, kapak, penyapu dan sebagainya manakala dana yang disumbangkan akan digunakan untuk tujuan upah penggunaan jentera berat, makan minum dan kelengkapan kelengkapan lain untuk tujuan pembersihan dan pengindahan kawasan tanah perkuburan ini nanti.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat