SUMBANGAN INFAQ MEMBINA SURAU TAHFIZ AS SYABAB

RM2,585 / 0.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

140 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

REBUTLAH SAHAM UNTUK AKHIRAT. RAYUAN SUMBANGAN MEMBINA BANGUNAN BARU SURAU DAN TAHFIZ AS SYABAB.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para penyumbang sekalian. Kami dari Surau As-Syabab Perumahan Flat Padang Hiliran memohon sumbangan menaiktaraf surau kami yang sudah lama. Kita infaqkan sebahagian wang ringgit & harta kita sebagai pelaburan serta bekalan utk hari akhirat kita. Boleh niatkan sumbangan tuan puan utk kedua ibubapa yg masih hidup atau yang telah meninggal. Semoga ianya menjadi sedekah jariah. 




Bagi menaiktaraf dan membina bangunan baru Surau As-Syabab & Tahfiz As-Syabab Flat Padang Hiliran 21100 Kuala Terengganu, Malaysia ini, kami memerlukan sumbangan dari anda semua. Selain bersedekah untuk diri sendiri, tuan puan boleh berniat bersedekah untuk ibu bapa dan adik beradik yang telah meninggal dunia ataupun yang masih hidup sebagai tanda kasih kita terhadap mereka.



‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya."

(Hadith riwayat Muslim).


Pihak surau dalam perancangan untuk menaik taraf surau dengan lebih selesa berbanding surau sekarang kerana ingin memuatkan lebih ramai orang berbanding surau yang lama yang sedikit kecil. Tambahan juga, surau ini telah menjadi pusat untuk membuat sebarang aktiviti bersama penduduk iaitu berbuka puasa, maulidur rasul dan aktiviti keagamaan yang lain. Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para pelajar dan orang ramai yang akan berkunjung ke Surau As Syabab. 




”Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”

(Surah Saba’ : ayat 39)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Sep 23, 2022

MOHD FARID BIN AMRAN

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 23, 2022

NORAISHAH MOHD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat