Infak Sumbangan

Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah atau dikenali dengan nama Masjid Sri Rampai beralamat di Jalan 1/26 Taman Sri Rampai 53300 Setapak Kuala Lumpur. Mula dibina pada tanggal 27 Januari 1986 dan dirasmikan oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 31 Januari 1989. Masjid boleh menampung seramai 2500 jemaah dalam satu masa. Seperti yang sedia maklum, tahun 2020 merupakan tahun yang agak mencabar untuk ditempuhi, kita semua diuji dengan wabak pandemik COVID-19 bukan sahaja di Malaysia bahkan rakyat seluruh dunia merasainya. Kesan daripada wabak ini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada masjid, jumlah orang ramai hadir solat berjemaah terpaksa dihadkan dan secara tidak langsung menjejaskan pendapatan masjid. Oleh kerana usia masjid mencecah 34 tahun, maka terdapat beberapa kerosakan pada struktur dan juga fizikal masjid. Pihak masjid dalam proses menambah baik dan menaik taraf :

1) Sistem siar raya
2) Penata Cahaya
3) Tempat Bilik Wudhuk Wanita

Anggaran kos untuk ketiga-tiga perkara di atas berjumlah RM 75,300.00. Sehubungan itu, pihak masjid menyeru orang ramai menyumbang untuk masjid agar perkara yang dinyatakan si atas dapat dilaksanakan. Semoga sumbangan tuan-puan semua mendapat keberkatan dan barakah dari Allah s.w.t.


Infak Sumbangan

oleh Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah
Dimulakan pada Nov 04, 2020 | Taman Sri Rampai Kuala Lumpur
Alhamdulillah RM22,781 / 30.25% Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM75,300 .
  • 475 Sumbangan
  • Tiada Tarikh Akhir
  • 3 Suka
RM
Sila masukkan Nama Penyumbang
Sila masukkan No. Telefon yang sah
Resit sumbangan akan dihantar melalui e-mel yang sah
Tuliskan mesej ringkas untuk penerima sumbangan
*Identiti Hamba Allah akan dipaparkan sekiranya anda memilih pilihan ini.

    Sumbangan.com

    Untuk Integriti.
    Henti Eksploitasi & Manipulasi.
    Platform yang menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan.

    Hubungi Kami

    Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
    Unit 11-2, Block 1C, Wangsa Maju,
    Jalan Wangsa Delima 12, Seksyen 5,
    53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

    +6019-4475555

    Emel: [email protected]