Projek Pembinaan Asrama Dan Dewan Kuliah

Assalamualaikum wbth.

TARIKH: Aug 18, 2020

Projek Pembinaan Asrama dan Dewan Kuliah yang Tergendala - Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah

Sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini duduk dibawah bangunan yang usang dan serba kekurangan?

Bayangkan dengan kemudahan yang tidak mencukupi, peralatan pembelajaran yang kebanyakannya telah lama dan rosak, anak-anak tahfiz ini tiada pilihan lain selain terus mengguna pakai apa yang ada bagi meneruskan pembelajaran mereka seharian.

Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah memerlukan bantuan dan sumbangan anda sebanyak RM500,000 untuk membantu dalam kos perbelanjaan bulanan dan bagi meneruskan kembali projek pembinaan asrama dan dewan kuliah yang tergendala.

Demi membantu anak-anak yatim miskin dan golongan asnaf yang tidak berkemampuan, yuran dan kos perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan madrasah namun kos yang semakin meningkat dengan penambahan anak-anak tahfiz, telah menyukarkan pihak madrasah untuk menanggung perbelanjaan yang semakin meninggi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Dengan sumbangan yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, InsyaAllah ibarat air yang mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada si pemberi.

Dimulakan pada Aug 18, 2020
Selayang, Selangor

Alhamdulillah RM501,948 / 100.39% Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM500,000 .

Sumbangan.com

Untuk Integriti.
Henti Eksploitasi & Manipulasi.
Platform yang menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan.

Hubungi Kami

Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
Unit 11-2, Block 1C, Wangsa Maju,
Jalan Wangsa Delima 12, Seksyen 5,
53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

+6019-4475555

Emel: [email protected]