Misi Bantuan Banjir Pahang, Darul Makmur

MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG, DARUL MAKMUR

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai Kuala Lumpur telah menubuhkan sepasukan sukarelawan bernama RINTIS (Rescue In Team Insan Sejahtera). Sukarelawan ini ditubuhkan dengan kerjasama NGO untuk bantuan kemanusiaan di Malaysia.

Misi bantuan yang Pertama yang akan dijalankan oleh pihak sukarelawan ini adalah di CHINI, Pekan Pahang Darul Makmur. Jumlah yang diperlukan bagi misi ini sebanyak RM 50,000.00 sahaja. Daripada jumlah ini, bantuan akan diagihkan mengikut FASA terutamanya memberikan kelengkapan makanan harian dan juga keperluan.

Bertepatan dengan tuntutan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Siapa yang melapangkan hidup seorang mukmin dari kesusahan dunia nescaya Allah lapangkan kesusahan hidup mereka di hari kiamat" (Hadis Riwayat Muslim).

Selain itu, lebihan bantuan juga akan diberikan secara tunai kepada mereka yang terkesan untuk penambahan kepada baik pulih barangan asas keperluan rumah. Besar harapan kami, jika pihak Tuan/Puan dapat bersama menjayakan program ini demi membantu mereka yang memerlukan pada saat ini.


Misi Bantuan Banjir Pahang, Darul Makmur

oleh Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah
Dimulakan pada Jan 08, 2021 | Pahang, Darul Makmur
Alhamdulillah RM4,151 / 8.30% Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM50,000 .
  • 176 Sumbangan
  • Tiada Tarikh Akhir
  • 0 Suka
RM
Sila masukkan Nama Penyumbang
Sila masukkan No. Telefon yang sah
Resit sumbangan akan dihantar melalui e-mel yang sah
Tuliskan mesej ringkas untuk penerima sumbangan
*Identiti Hamba Allah akan dipaparkan sekiranya anda memilih pilihan ini.

    Sumbangan.com

    Untuk Integriti.
    Henti Eksploitasi & Manipulasi.
    Platform yang menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan.

    Hubungi Kami

    Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
    Unit 11-2, Block 1C, Wangsa Maju,
    Jalan Wangsa Delima 12, Seksyen 5,
    53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

    +6019-4475555

    Emel: [email protected]