Laman Web Ini Menggunakan Cookies. Dengan Melayari Web Anda Bersetuju Dengan Terma Dan Syarat.
Ketahui Lebih Lanjut
Rayuan Derma Kilat Tabung Misi Bantuan Banjir
Assalamualaikum wbth.
TARIKH: Jan 12, 2021
Negara tercinta kini ditimpa 2 musibah paling besar, iaitu COVID-19 dan Banjir. PERKIM adalah sebuah badan NGO dakwah dan kebajikan. Sejak Mac 2020, PERKIM BTP telah membantu ramai yang terkesan kerana COVID-19 yang disusuli PKP, PKPB dan sebagainya. Awal tahun 2021 pula, musibah banjir pula melanda sebahagian negara kita yang tercinta ini. Sekali lagi, PERKIM BTP telah menghantar bantuan ke Jerantut pula untuk mangsa-mangsa banjir. Selain dakwah dan kebajikan yang lebih terfokus kepada saudara baru dan asnaf, PERKIM BTP juga menjalankan misi bantuan merentasi sempadan. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan bantu sahabat dan saudara kita di Pahang, Johor, Kelantan dan lain-lain yang ditimpa musibah banjir, di sampung masih terbelengu dengan COVID-19? Kini, kerajaan telah umumkan PKP 2.0 pula. Sebagai sebuah cawangan, PERKIM BTP tiada sumber dana atan geran dari mana-mana pihak. Segala aktiviti kebajikan adalah 100% bergantung kepada ihsan dari para penyumbang yang prihatin. PERKIM BTP ingin membuat misi kedua bantuan banjir ke Pahang, namun dana untuk bantuan bencana dan kecemasan kami telah pun habis. Sudikah anda membantu? *Derma kepada PERKIM layak mendapat pelepasan cukai pendapatan.
Share:
Dimulakan pada Jan 12, 2021
Pahang
Alhamdulillah
RM2,295 / 22.95%
Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan
RM10,000
.