Bantuan Kilat Pembiayaan Kos Operasi Fistula

KEGAGALAN BUAH PINGGANG merupakan sakit kebiasaan yang kita akan dengar dan kebiasaanya kita hanya akan tanya sama ada pesakit menjalani rawatan dialisis darah ataupun air.
Puan Nurul Huda merupakan seorang pesakit kegagalan buah pinggang selama 10 tahun dankini masih menjalani rawatan seperti biasa.

Apa yang ingin kami sampaikan?
Kami dimaklumkan oleh Puan Huda bahawa tapak Fistula yang selama 10 tahun digunakan telah pecah. Puan Huda telah membuat temujanji baharu dengan pihak HKL dan semasa tarikh temujanji itu sampai Puan Huda telah terlepas dan sedang mengandung anak pertama di samping mengalami komplikasi kesihatan yang teruk.

Oleh kerana HKL kini merupakan hub untuk pesakit covid-19 segala temujanji baharu akan mengambil masa selama 6 bulan - 1 tahun.

Untuk menunggu tarikh seterusnya, kini Puan Huda membuat rawatan dengan tiub IJC (sementara) yang mempunyai tarikh luput dan tarikh akhirnya berbaki 2-3 bulan.

Untuk pengetahuan umum, Puan Huda baru sahaja melahirkan anak pertama yang kini baru sahaja keluar dari hospital kerana anak Puan Huda mengalami komplikasi semasa kelahiran dan berat anak Puan Huda hanya mencecah 1.8kg.

Di sini kami merayu, agar pihak Tuan/Puan dapat bersama membantu menyalurkan sumbangan untuk membantu Puan Huda membuat tapak fistula baharu yang mengambil kos sebanyak RM5000.

Bantuan dari pihak Tuan/Puan akan dapat memberikan sinar baharu serta kita akan dapat membantu Puan Huda dalam usaha menyambung nyawa untuk diri dan anaknya.


Bantuan Kilat Pembiayaan Kos Operasi Fistula

oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Nov 25, 2020 | Kuala Lumpur
Alhamdulillah RM5,025 / 100.50% Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM5,000 .
  • 59 Sumbangan
  • Tiada Tarikh Akhir
  • 7 Suka

Sumbangan.com

Untuk Integriti.
Henti Eksploitasi & Manipulasi.
Platform yang menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan.

Hubungi Kami

Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
Unit 11-2, Block 1C, Wangsa Maju,
Jalan Wangsa Delima 12, Seksyen 5,
53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

+6019-4475555

Emel: [email protected]