Sumbangan Bantuan COVID19 Kita Jaga Kita Bah

Sabah terus dibadai dengan ancaman wabak COVID-19. Negeri di bawah bayu itu telah merekodkan jumlah positif COVID-19 sebanyak 11,818 kes dan mencatatkan 533 (64.8%) kes baharu dengan lapan kematian. Jumlah ini secara tidak langsung menjadikan jumlah kes keseluruhan di seluruh Malaysia sebanyak 26,565 setakat 25 Oktober 2020. Berikut merupakan perincian kes kepada kes-kes baharu di Sabah

- 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul;

a) 270 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
b) 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kita sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi impak yang sangat besar kepada semua golongan. Justeru itu, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan ini ingin membantu negeri di bawah bayu dalam pengumpulan dana untuk membeli keperluan harian, perubatan dan juga bantuan makanan yang dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi merealisasikan usaha pengumpulan dana ini, YPNM dengan ini ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menjadi lebih PRIHATIN dan bersama-sama membantu memerangi wabak pandemik ini. Semestinya, bantuan yang dihulurkan dapat membantu meringankan beban bagi mereka yang terkesan di Sabah.


Sumbangan Bantuan COVID19 Kita Jaga Kita Bah

oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia
Dimulakan pada Oct 26, 2020 | Kuala Lumpur
Alhamdulillah RM3,795 / 0.38% Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM1,000,000 .
  • 107 Sumbangan
  • Tiada Tarikh Akhir
  • 4 Suka
RM
Sila masukkan Nama Penyumbang
Sila masukkan No. Telefon yang sah
Resit sumbangan akan dihantar melalui e-mel yang sah
Tuliskan mesej ringkas untuk penerima sumbangan
*Identiti Hamba Allah akan dipaparkan sekiranya anda memilih pilihan ini.

    Sumbangan.com

    Untuk Integriti.
    Henti Eksploitasi & Manipulasi.
    Platform yang menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan.

    Hubungi Kami

    Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
    Unit 11-2, Block 1C, Wangsa Maju,
    Jalan Wangsa Delima 12, Seksyen 5,
    53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

    +6019-4475555

    Emel: [email protected]