Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada May 24, 2023

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK ASNAF DI MALAYSIA

RM440 / 0.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Aidiladha adalah waktu bagi umat Islam untuk berkumpul dan berbagi dalam kegembiraan memberi dan menerima. Jom bantu sedekahkan daging korban berupa haiwan lembu sado ini kepada asnaf setempat.


Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan bagi Umat Islam. Ianya peristiwa penting bagi memperingati kesediaan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan puteranya demi memenuhi perintah Allah SWT.


Ia dirayakan pada hari ke sepuluh bulan Zulhijjah. Sebagai umat Islam mari kita mengambil iktibar betapa pentingnya pengorbanan, sifat dermawan dan amal jariah dalam kehidupan.



Salah satu amalan dalam perayaan Aidiladha adalah penyembelihan haiwan yang melambangkan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Perbuatan menyembelih haiwan korban merupakan salah satu cara umat Islam untuk menunjukkan ketakwaannya kepada Allah dan mencontohi Nabi Ibrahim AS.



Pengorbanan adalah sebagai tanda ketaatan kita sebagai hamba Allah SWT dan cara untuk mendapatkan keredhaan serta mencari rahmat di samping memberi teladan kepada ummah.



Sekali lagi pada tahun ini PPIM akan bekerjasama dengan Ikhlas.com untuk program Sedekah Korban pada tahun ini. Daging haiwan korban dipilih daripada lembu sado dan sihat kemudian diagihkan kepada fakir miskin dan masyarakat setempat.



InsyaAllah, kami membuka peluang kepada mereka yang ingin turut serta kumpul pahala dan ingin melibatkan diri dalam amal kebaikan dengan memberikan sedekah daging korban.



Pengagihan daging korban juga bukan hanya sebagai amal jariah, tetapi juga sebagai salah satu cara untuk menyantuni saudara sesama Islam yang tidak berkemampuan dan mempereratkan tali persaudaraan. Perbuatan berkongsi makanan adalah cara berkesan untuk menyatukan masyarakat dan membangun rasa keprihatinan dan kebersamaan. Allah SWT berfirman:


“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” (Qs. Al Hajj)


Ini bererti bahawa perbuatan memberi dan berkongsi lebih penting daripada pengorbanan secara fizikal.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat