Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Apr 28, 2023

INFAQ KORBAN DI KOTA MEKAH

RM54,860 / 109.72 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

2305 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Khusus untuk anda yang masih belum mampu melaksanakan ibadah korban atau ingin membantu saudara Islam kita merasa daging untuk kali pertama. Jom ambil bahagian dalam sedekah korban di Mekah!


Ibadah korban adalah ibadah yang membawa kita mengingati satu peristiwa teguhnya iman Nabi Ibrahim dalam menuruti segala perintah Allah termasuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Ibadah korban dibenarkan kepada haiwan ternakan seperti lembu, unta, kerbau, kambing, kibas dan lain-lain.



Ibadah ini dilakukan adalah untuk bersedekah daging korban yang disembelih untuk dijadikan makanan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan asnaf. Ibadah korban sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri telah bersabda:


“Barangsiapa berlebihan (dalam harta) tetapi tidak menyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)



Namun, pasti ada antara kita yang belum mampu untuk beribadah korban secara sempurna walaupun mempunyai keinginan untuk membuat kebaikan kepada orang lain. Semua sudah ada dalam perancangan, cuma tinggal duit saja belum cukup.



Bersama PPIM, kami menggalakkan anda bersedekah daging korban serendah RM10 sahaja. MasyaAllah, kami mengharapkan dengan sumbangan ini mampu mengenyangkan perut dan membawa kebahagian kepada mereka yang tidak pernah merasa lauk daging korban. Semoga Allah SWT membalas sedekah tersebut dengan sebaik-baik ganjaran.


Sedekah korban ialah sedekah daging yang kita buat pada hari raya korban. Walaupun ia bukan seperti ibadah korban 1 bahagian lembu atau 1 ekor kambing, tetapi pahala sedekah akan tetap diperolehi. Bagi yang berkemampuan, kami mengalu-alukan pendaftaran ibadah korban anda di Mekah serendah RM449 untuk 1 ekor kambing di laman korban.sumbangan.com



Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, pakar syariah Malaysia, melaksanakan ibadah korban secara wakil ke luar negara hukumnya adalah harus dan sah namun yang terbaik dan tiada khilaf adalah di tempat sendiri. Harga yang ditawarkan untuk korban di Mekah atau di negara lain juga adalah lebih murah dan semakin ramai muslimin dan muslimat melaksanakan korban di luar negara demi menyempurnakan tuntutan sunnah.



Ibadah korban bagi kempen ini akan dilaksanakan di Kilo Asyarah, Kota Suci Mekah oleh wakil PPIM yang bertauliah dengan menyembelih haiwan korban seperti unta, lembu dan kambing. Setiap hasil daging korban tersebut akan dikongsi kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kami mengharapkan lebih ramai lagi umat Islam dari golongan asnaf miskin di seluruh dunia dapat diceriakan pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 23, 2023

SAKILA BINTI KAMAL BASHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

MUHAMMAD AFDHALUDDIN BIN RAZMI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

AZUREEN BINTI AZMEL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat