DANA FOODBANK BAGI KELUARGA ASNAF

RM235 / 2.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap minggu kami akan menyediakan bantuan makanan (foodbank) di beberapa buah surau dan masjid untuk meringankan beban dan membantu saudara kita yang tidak mampu.


Masih banyak keluarga asnaf yang tidak mampu untuk menyara kehidupan mereka. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 10,000 keluarga Asnaf yang tidak mampu untuk membeli makanan harian mereka. Oleh itu, Pihak Pertubuhan Iman Amal mengambil inisiatif untuk membantu meringankan beban mereka. 



Setiap minggu kami akan menyediakan bantuan makanan (foodbank) di beberapa buah surau dan masjid untuk meringankan beban dan membantu saudara kita yang tidak mampu. Program ini telah dijalankan di Merbau Sempak, Kubu Gajah dan sekitar Sungai Buloh.




Buat masa ini, kotak sumbangan yang diberikan masih lagi tidak mencukupi, anggaran di Merbau Sempak sahaja ada lebih dari 200 keluarga asnaf. Kami ingin memberi lebih banyak kotak sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di seluruh Sungai Buloh. Anggaran kos bagi setiap pek adalah sebanyak RM100.00. Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk 100 pek adalah RM10,000.00.00 untuk fasa pertama. Bantuan ini boleh meringankan beban keluarga asnaf dan keluarga yang terjejas.




Terima kasih kepada semua penyumbang. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan. Pengampunan dosa dan limpah kurnia adalah lanjutan kepada pemberian sedekah dan infak. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana api memadamkan air." (Riwayat Ahmad).


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda:

‏ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ‏

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Hadis Muttafaqun ‘Alaih)


Jom #BuatBaik!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat