Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Mar 21, 2022

TABUNG DANA GUAMAN MANGSA BANK FASA SATU

RM214,790 / 42.96 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM500,000

252 penyumbang

262 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama-sama membantu menegakkan keadilan dan menuntut pampasan atas kecuaian pihak bank tersebut!


Saman kepada bank bagi menuntut pampasan atas kecuaian bank tersebut.


Beribu ribu orang pemegang akaun bank ini telah dibekukan akaunnya sejak Februari 2022. Akaun-akaun ini dibekukan secara tiba tiba dan diberi notis yang bertajuk “Mistaken Crediting” dan menuntut mangsa untuk membayar semula kepada bank tersebut sejumlah yang ditetapkan.


Menurut mangsa, mereka telah membuat keuntungan perdagangan namun bank tersebut mendakwa duit itu adalah duit bank dan mereka telah mengarahkan mangsa serta mengupah “debt collector” yang agak kasar untuk memastikan mangsa membayar semula duit yang dianggap sebagai “pinjaman peribadi” itu.


Akaun-akaun ini kemudiannya “disedut” sehingga -RM187,000 setakat yang diketahui termasuk beberapa perkongsian lain seperti -RM58,952, -RM37,027.


Berikutan itu, mangsa-mangsa berasa sangat kesal kerana gaji yang masuk ke akaun mereka tidak dapat digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan, susu anak, hutang kereta, sewa rumah dan lain lain serta ada yang telah kehabisan duit simpanan mereka.



Tabung ini bertujuan untuk membiayai kos guaman secara “Class Action” @ beramai-ramai dan membantu mengumpulkan mangsa-mangsa yang telah terkesan dengan tindakan bank tersebut. Target RM500,000 (Fasa 1) ini bertujuan untuk membantu seramai 3,000 mangsa telah terjejas akibat kecuaian bank ini.


ARM @ Agenda Rakyat Malaysia dengan gabungan PPIM dan BBC @ Big Boys Community telah mengadakan sidang media sebanyak 2 kali iaitu pada 5 Februari 2022 dan 16 Mac 2022, yang pertama setelah akaun dibekukan dan kedua setelah akaun tersebut “disedut” duit. Sidang media tersebut telah dijalankan demi menyuarakan dan membela nasib rakyat yang telah kehilangan duit pencarian gara-gara kecuaian bank.




Kami berharap agar semua pihak bersama-sama berganding bahu dan turut menyumbang di sumbangan.com ini. Ayuh, marilah kita bersama-sama membantu menegakkan keadilan kepada mereka yang memerlukan!


Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

avatar

Nik mohd izzudin bin nik jafar

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan