MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 11, 2024

DANA INFAQ PEMBINAAN MENARA AZAN BUAT ANAK ANAK SYURGA

RM285 / 9.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga infaq muslimin dan muslimat menjadi pahala berterusan seperti air terjun dari bukit yang tiada penhujung samapai kiamat nanti insya-Allah.


Assalamualaikum wbt, dengan penuh rendah hati dan juga kesedaran yang cabaran dihadapi, kami dari Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang dan megajak kepada para dermawan yang prihatin agar sama-sama berinfaq bagi membantu dalam pembinaan menara azan di maahad ini yang kini belum sempurna di maahad tahfiz kami di sini.



Menara azan adalah sebuah bangunan yang tinggi dan digunakan oleh muazzin bagi melaungkan azan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat bagi 5 kali sehari. Dari mula pembinaan surau maahad ini memang tiada menara azan disebabkan kekurangan kos. Surau ini hanya meletakkan speaker sahaja di dalam surau. Oleh kerana pembangunan yang ada di sekitar surau tahfiz kami di sini, ia menyukarkan jemaah berhampiran surau untuk mendengar laungan azan berkumandang.


Sekarang ini, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. Proses pembuatan tangga dijalankan oleh pekerja kontrak .Selain itu, usaha menggabungkan menara juga sedang dalam proses pematerian .


Dengan sumbangan yang dihulurkan, dapat kami menyediakan kadar upah pembuatan menara ini dan dapat kami membeli barangan seperti batang besi, pembutan kubah, upah mendirikan menara dan lain-lain lagi.



إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


Nabi Muhammad SAW bersabda dalam satu hadis; “Apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua-dua ibu bapanya.”

(Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880))



Ayuh kita rebutkan peluang yang masih ada dengan berinfaq kerana ia adalah satu bentuk ibadah yang tidak hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga merupakan cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta menjadi sedekah jariah dan amal soleh buat kita. Selagi mana laungan azan tersebut dikumandangkan oleh anak-anak tahfiz, maka selagi itulah pahala anda akan terus mengalir tanpa henti hingga hari kiamat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat