RAYUAN SUMBANGAN PROJEK NAIKTARAF SISTEM KESELAMATAN PUSAT TAHFIZ FATIMAH AZ ZAHRA

RM3,364 / 6.73 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

102 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan sumbangan projek naiktaraf sistem keselamatan Pusat Pengajian Tahfiz Fatimah Az Zahra melibatkan pembinaan tangga keselamatan, sistem penggera dan sebagainya.

PROJEK NAIKTARAF SISTEM KESELAMATAN PUSAT TAHFIZ merupakan projek jangka panjang yang dirancangkan oleh pihak madrasah yang mana melibatkan pembinaan tangga keselamatan, sistem penggera, kamera keselamatan, pemadam api daa sebagainya. Kami beroperasi di bangunan 4 tingkat yang memerlukan tangga keselamatan sehingga ke tingkat atas dan ianya menelan belanja yang sangat besar. Ini adalah salah satu perkara wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap tahfiz yang beroperasi sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak JAIS dan Bomba. Pihak madrasah mengharapkan agar projek ini dapat direalisasikan sebelum penghujung tahun 2021, sebelum madrasah kembali beroperasi pada tahun hadapan. 


Madrasah kami menempatkan pelajar pperempuan seramai 25 orang, dan 3 orang kakitangan. Separuh daripada penghuni madrasah kami adalah daripada golongan asnaf dan miskin, yang mana sebahagiannya tidak dapat membayar yuran dan sebahagian lagi mengikut kemampuan sahaja. Ditambah dengan pandemik Covid-19 yang melanda, kebanyakan ibubapa tidak dapat menjelaskan bayaran yuran atas desakan hidup. 


Pihak madarasah amat menghargai segala perhatian dan sumbangan pihak tuan/puan yang budiman dalam melancarkan urusan kami. Kami dahului dengan ucapan: 

جَزَاكُمُ اللَّهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللَّهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan banyak kebaikan, dan semoga Allah SWT akan memberi ganjaran kepada kamu dengan balasan yang terbaik.”

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 06, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 05, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2021

Kempen Sumbangan Tamat