PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN UNTUK WARGAEMAS LELAKI DARUL MAGHFIROH

RM33,277 / 33.28 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

1424 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kutipan dana untuk membina sebuah bangunan asrama warga emas di Banting, Selangor oleh Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.


Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh yang terletak di Banting, Selangor telah diasaskan dan beroperasi sejak tahun 2008 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017.


Rumah Kebajikan Wargacemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu menyediakan tempat tinggal kepada wargaemas lelaki dan perempuan muslim yang bermasalah (kebanyakannya mental) untuk program khas, kebajikan dan pemulihan.



Antara Warga Darul Maghfiroh & Kakitangan

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh merupakan sebuah rumah kebajikan berkonsepkan rumah rehat dan tarbiyah untuk wargaemas dengan aktiviti utama mengulangkaji bab ilmu fardhu ain dan membaca Al Quran. Pada awalnya kami menerima kemasukan wargaemas lelaki dan perempuan, namun mulai tahun 2017 kami terpaksa menangguhkan kemasukan untuk wargaemas lelaki atas sebeb kesesuain tempat. Sehingga bangunan tambahan disiapkan, kami hanya boleh menerima kemasukan wargaemas wanita sahaja dari kalangan ibu tunggal.


Aktiviti Yang Dijalankan

Bangunan yang ada sekarang adalah sebuah bangunan satu blok rumah panjang dan tidak sesuai untuk menempatkan penghuni wargaemas lelaki dan perempuan secara bercampur. Kami terpaksa menolak banyak permohonan wargaemas lelaki yang bermasalah untuk program pemulihan ataupun wargaemas yang bersedia untul mengikuti program ulangkaji ilmu agama terutama bab fardhu ain dan mengaji Al Quran.


Permintaan yang sangat banyak untuk kemasukan wargaemas lelaki sentiasa ada dan kami terpanggil untuk berkongsi usaha membantu mereka menyelesaikan masalah samada bersifat sementara ataupun kekal. Banyak pihak seperti masjid, hospital dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga merujuk untuk menghantar wargaemas lelaki gelandangan yang memerlukan bantuan kepada kami.



Kelas Pengajian Al Quran


Dengan wujudnya bangunan ini nanti, kami boleh melaksanakan semula perkara-perkara berikut:

1. Menyediakan tempat yang sesuai untuk wargaemas lelaki tinggal sementara (bagi yang sedang bermasalah dengan keluarga) untuk program khas pemulihan.

2. Menyediakan tempat yang sesuai untuk wargaemas lelaki tinggal kekal (bagi yang sebatang kara dan bermasalah) yang dirujuk oleh pihak-pihak berkenaan.

3. Menyediakan kemudahan untuk wargaemas lelaki mengulangkaji bab agama khususnya tentang Fardhu Ain dan mengaji Al Quran.

4. Menyediakan kemudahan Wargaemas lelaki menghabiskan usia emas mereka dengan aktiviti yang menjurus kepada keagamaan.

5. Memenuhi permintaan yang sentiasa ada untuk membantu menyelesaikan masalah wargaemas lelaki yang bermasalah



Musyawarah Di Kalangan Wargaemas


Faedah Pembinaan Bangunan Baru Khas Untuk Wargaemas Lelaki:

1. Rumah Wargaemas Warisan Kaseh boleh menerima semula wargaemas lelaki untuk tinggal di pusat ini bagi mengikuti program yang disediakan.

2. Dapat membantu keluarga yang menghadapi masalah mengendalikan bapa mereka yang usia lanjut setelah kematian isteri. Permasalahan sementara ini mengikut pengalaman kami dapat diselesaikan apabila golongan ini dekat dengan aktiviti agama seperti melazimkan diri mengaji Al Quran.

3. Memberi peluang kepada wargaemas lelaki yang memerlukan untuk mengikuti program rehat dan tarbiyah di Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.

4. Memberi ruang dan peluang banyak pihak untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program sedekah dan jariah bagi menangani permasalahan wargaemas khususnya lelaki.

5. Merealisasikan khidmat untuk memberi peluang kepada wargaemas lelaki yang ingin belajar ulang kaji ilmu agama dan melazimi membaca Al Quran diusia emasnya.

6. Menzahirkan secara praktikal kepada individu dan kumpulan untuk menyantuni wargaemas lelaki dan perempuan.



Ayah Ramli & Ayah Mat Nor Tersenyum Gembira 


Bangunan ini akan menyediakan :-

1. Sejumlah 10 bilik dengan bilik air yang dapat menampung minima 20 orang wargaemas lelaki.

2. Sebuah Ruang Tamu untuk rehat dan ruang pertemuan dengan waris atau pelawat.

3. Sebuah Dewan Makan yang boleh digunakan untuk mereka makan dan aktiviti lain.

4. Sebuah dapur @ pantry untuk kemudahan menyediakan makanan.

5. Sebuah ruang Beranda yang boleh dijadikan tempat mereka rehat dan menjalankan aktiviti kelas mengaji dan lain-lain.

6. Sebuah bilik store untuk menyimpan bahan keperluan termasuk makanan.


Cadangan Spesifikasi Bangunan & Pelan Bangunan





Semoga dengan wujudnya bangunan ini akan dapat membantu golongan wargaemas yang kurang bernasib baik menghabiskan waktu-waktu usia emas mereka dengan beribadah dan beramal. Kami mendoakan kepada semua para dermawan agar dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Semoga Allah swt merahmati anda semua. Amin Ya Rabb.


Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUNIFAH SIANID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat