Madrasah Tahfiz Pekan Sungai Buloh

Dimulakan pada Oct 27, 2020

PEMBINAAN DEWAN MTPSB

RM16,475 / 16.48 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

396 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN DEWAN MADRASAH TAHFIZ PEKAN SUNGAI BULOH. SEMOGA SUMBANGAN INI DIKIRA SEBAGAI AMAL JARIAH YANG MANA PAHALA AKAN BERTERUSAN MENGALIR HINGGA AKHIRAT KELAK INSYAALLAH.


Assalamualaikum wbt. Para penyumbang yang dikasihi sekalian. Kami dari Madrasah Tahfiz Pekan Sungai Buloh ingin memohon sumbangan pembinaan madrasah kami. Madrasah Tahfiz Pekan Sungai Buloh bukanlah sebuah institusi yang menjanakan keuntungan apatah lagi kemasyuran. Apa yang diharapkan ialah untuk melahirkan professional di kalangan para huffaz.



Namun begitu, ia tidak semudah dengan hanya berkata-kata, melainkan ianya memerlukan sokongan, dokongan dari semua pihak samada dari individu, syarikat-syarikat dan badan koporat untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi sama-sama kita merealisasikan impian yang murni ini. Apa yang kita punya, adalah apa yang kita belanjakan (infaq) untuk akhirat kelak. Tidak akan miskin orang yang berinfaq di jalan Allah.




Oleh itu kami sangat memerlukan bantuan dana secara berterusan agar pembinaan Madrasah ini dapat diselesaikan dengan segera. Ini kerana dana pembinaan Madrasah ini 100% datangnya dari penyumbang yang pemurah. Kami tiada penaja secara tetap daripada mana mana pihak. Ini semua hasil daripada sumbangan orang ramai yang melabur wang mereka untuk saham akhirat ini.



Sumbangan dan keprihatinan Tuan Puan amat bermakna untuk pembangunan dan pengurusan Madrasan Tahfiz Pekan Sungai Buloh dan keseluruhan warganya. Pihak Madrasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan sekalian. Semoga sumbangan ini dikira sebagai amal jariah yang mana pahala akan berterusan mengalir hingga ke akhirat kelak InsyaAllah.


ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMMAD SHAFIQ ZAINON

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

SITI NADZIRAH ABD RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat