Yayasan EZ Prihatin

Dimulakan pada Aug 06, 2021

BANTUAN FOODBANK DSEKOLAH

RM1,219 / 1.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

69 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program Food Bank D' Sekolah merupakan daya usaha YEZP bagi membantu bekalkan barangan keperluan asas buat keluarga murid yang terkesan akibat pandemik Covid-19

Food Bank D' Sekolah: Kerjasama Guru dan NGO Bantu Ibu Bapa Pelajar Yang Terkesan Akibat Covid-19



Sejak negara kita dihujani penularan virus Covid-19, berita tentang kenaikan jumlah individu diberhentikan kerja, berlaku kematian hari demi hari, tak lekang dari dada akhbar juga di corong radio dan televisyen. Bagai laut membadai pantai yang tiada kesudahannya. Hal ini sudah pasti mengundang impak besar kepada mereka yang terkesan antaranya kekurangan bekalan makanan serta hilang mata pencarian.



Dari data yang kita kumpul, banyak keluarga yang terkesan akibat covid-19 ini. Ada dikalangan murid ibu bapa mereka yang dibuang kerja, ada juga pelajar yang kehilangan ibu bapa akibat covid-19.


Kata Tuan Sadli Harun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati.


Sasaran penerima:

  1. Ibu bapa Murid Asnaf
  2. Murid yang Kematian Waris Akibat Covid-19
  3. Waris Murid yang Diberhentikan Kerja
  4. Keluarga B40

 

Justeru atas dasar prihatin, kami dan para guru ingin mengajak tuan puan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek FOOD BANK D'SEKOLAH ini.

 

In Shaa Allah, semoga setiap apa yang kita sumbangkan ada nilainya di sisi Allah dan Allah sahaja yang layak membalasnya.

 


Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)


Ayuh sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini.

Ingin sama-sama membantu? 

Klik butang SUMBANG SEKARANG




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2021

Kempen Sumbangan Tamat