PERTUBUHAN KEBAJIKAN SINAR BAKTI

Dimulakan pada Jan 12, 2022

SEDEKAH SUBUH GEROBOK REZEKI

RM3,205 / 32.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

162 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah Subuh Gerobok Rezeki Untuk Fakir Miskin Bandar Dan Asnaf Ibu Tunggal. Hulurkan tangan, berganding bahu ringankan beban golongan yang memerlukan.


Assalamualaikum wbt. Jom kita menyumbang untuk Sedekah Subuh Gerobok Rezeki Untuk Fakir Miskin Bandar Dan Asnaf Ibu Tunggal.


Apabila diperkatakan tentang miskin bandar, begitulah kenyataan kelangsungan hidup ketika ini yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat golongan pertengahan dan bawahan di bandar bandar besar lebih-lebih lagi ketika ini apabila negara berdepan dengan pelbagai cabaran ketidaktentuan ekonomi, pendemik Covid-19 serta bencana tanah runtuh dan banjir.



Oleh yang demikian, maka program sedekah subuh gerobok rezeki ini akan mengkhususkan pemberian bantuan makanan asas seperti beras, tepung gandum, beehun dan beberapa lagi sebagai keperluan harian lain untuk golongan fakir miskin dan asnaf ibu tunggal yang berada di kawasan sekitar Selangor khususnya. Justeru itu, pihak Pertubuhan Kebajikan Sinar Bakti (PKSB) mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sedekah subuh ini demi manfaat golongan tersebut. 





Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah: 261)


Semoga sumbangan anda bakal diberi ganjaran daripada Maha Esa. Terima kasih. Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat