PROJEK CINTA SEJARAH UNTUK ANAK ASNAF

RM465 / 9.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek ini bertujuan untuk menanamkan semangat patriotisma dalam kalangan anak anak asnaf dengan melaksanakan beberapa aktiviti kemerdekaan untuk pendedahan semangat cinta kepada Malaysia.


Ramai dalam kalangan anak-anak yang kurang berkemampuan ini tidak tahu maksud ‘kemerdekaan’. Persoalan tentang bilakah Malaysia bebas dari penjajah, siapa yang melaungkan perkataan ‘MERDEKA’ pada hari kemerdekaan dan sebagainya masih tidak diketahui oleh golongan anak-anak ini. Jadi sempena Hari Kemerdekaan negara kita yang bakal tiba, kami dari Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah ingin menjalankan Projek Cinta Sejarah yang melibatkan anak-anak asnaf di Semenanjung Malaysian dan di Sabah.



Kebanyakan daripada mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan erti kemerdekaan itu sendiri. Dengan adanya Projek Cinta Sejarah ini, ianya dapat memupuk sifat ingin tahu sedikit demi sedikit berkaitan kemerdekaan dan semangat patriotisma dalam diri mereka. Seramai 540 orang anak asnaf di bawah kami yang akan mengikuti projek ini. Dalam projek ini, kami akan mengadakan aktiviti dan pertandingan, antaranya adalah berpidato, bersajak, mengarang esei kemerdekaan, busana kemerdekaan dan lain lain lagi yang akan dijalankan bermula 1 Ogos 2022 sehingga 16 September 2022.


Gambar 1.1 : Anak-anak asnaf yang menyertai pertandingan Busana Kemerdekaan pada tahun 2021

Kami dari Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) ingin mengajak tuan/puan di luar sana untuk bersama-sama kami berkongsi kegembiraan dengan menyalurkan sumbangan untuk tujuan pembelian hadiah dan kos pengurusan bagi menjayakan projek ini khusus untuk anak-anak asnaf kami. Sumbangan boleh di buat melalui dua cara iaitu secara 1 LOT = RM10 atau seikhlas hati. Sekecil-kecil sumbangan daripada kita mampu menyinari masa depan mereka. Insya-Allah.


















 
Gambar 1.2 : Salah satu cawangan yang mengikuti aktiviti Projek Cinta Sejarah tahun 2021

Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى

Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari) 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2022

ROHANI BINTI MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2022

ROHANI BINTI MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 26, 2022

NUR SHARIZA & CHE EMBUN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat