REZEKI BERSAMA HAIWAN JALANAN

RM1,035 / 34.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

66 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantulah haiwan jalanan mendapatkan makanan untuk menghindarkan diri dari kelaparan. Setiap sumbangan membolehkan kami membeli makanan buat haiwan jalanan.


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Inilah nasib haiwan jalanan yang terbiar tanpa penjaga. Kehidupan yang tidak terbela memberi risiko yang amat tinggi ke atas ancaman keselamatan dan kesihatan haiwan-haiwan ini. Sedar atau tidak, diluar sana ada banyak haiwan seperti kucing dan anjing yang terbiar tanpa tuan. Ada diantaranya dianiaya, diseksa, dan dibuli oleh masyarakat setempat. Sehingga ada yang dibunuh dengan kejam tanpa rasa belas kasihan. Ia hidup dalam kelaparan tanpa ada makanan yang berjadual.



Berikan ruang dan peluang yang sama kepada haiwan-haiwan ini untuk menjalani kehidupan seperti haiwan-haiwan yang memiliki penjaga. Anak kecil yang diasuh mencintai haiwan akan membesar dengan sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat. Apabila ternampak haiwan kurus di tepi jalan, hati mereka pasti terdetik untuk memberi makanan.



Oleh itu, pihak Sahabat Adyan Nadzir Care ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama menyumbang kepada kempen sedekah jalanan ini. Dengan setiap sumbangan, dapatlah kami membeli dan memberikan makanan kepada haiwan-haiwan jalanan ini yang sentiasa hidup dalam kelaparan. 



Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan ia merasa sangat haus. Lalu ia menemukan sebuah sumur kemudian dia turun ke dalamnya lalu ia minum dan kemudian keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya. Akibat kehausan ia terpaksa makan tanah lembap.



Orang itu lalu berkata, “Anjing ini kehausan seperti yang aku alami.” Lalu ia turun ke sumur itu kemudian mengisi sepatunya dengan air dan memegangnya dengan mulut lalu memberi minum anjing itu. Maka, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” Sahabat kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah terhadap haiwan-haiwan ada pahala bagi kami?” Baginda bersabda, “Pada setiap makhluk hidup mendapat pahala.” (Hadis Riwayat Muslim).


Jelas, amalan menjaga, merawat atau memberi makanan serta minuman kepada haiwan terbiar adalah amalan yang sangat terpuji dan mulia di sisi agama. Marilah bersama-sama mengumpul pahala dengan bersedekah. Semoga Allah melipatgandakan pahala kita dalam membela nasib haiwan yang terbiar.


Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)


#SkuadAdamDanish

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat