INFAK PEMBELIAN KERETA RSK

RM230 / 0.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,640

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berterusan buat semua penyumbang dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Ayuh! Bantu kami dalam pegumpulan dana ini.

SIAPA KAMI?

Pusat Jagaan Raudhah Sakeenah Kelantan (RSK) ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri. Ia telah digerakkan oleh beberapa orang wanita yang merasakan keperluan mewujudkan tempat perlindungan untuk remaja perempuan yang tersasar. Ianya merupakan pusat penjagaan sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan bersama.

APAKAH SEBAB RSK DIWUJUDKAN? 

1. Dasar Agama

Sabda Rasulullah SAW :

“Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat.”

(Hadith Riwayat Bukhari No. 1168)

Betapa Rasulullah SAW memberi perhatian yang berat ke atas pembinaan peribadi umat Islam dengan mementingkan sikap tolong menolong, bantu membantu dan cukup mencukupi terutamanya dalam memenuhi hajat orang yang datang meminta kepada kita untuk perlindungan, bantuan atau sebagainya, tidak kira orang Islam atau bukan Islam.

 

 

2.  Dasar Ihsan Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Dan Memelihara Imej Masyarakat  

Masyarakat Islam di Malaysia sekarang diibaratkan sedang sakit. Baik dan buruk masyarakat Islam akan memberi tempias kepada kita juga. Perlakuan buruk sekolompok muda mudi akan akhirnya mempengaruhi muda mudi lain yang mudah terikut. Maka menjadi tanggungjawab kita bersama berusaha mengubati penyakit ini. Adalah tidak rasional jika hanya bercakap, menegur dan menuding jari tanpa terjun sendiri ke dalam kancah permasalahan, mendalaminya, memberi bantuan, perlindungan, mencari punca masalah dan merangka bimbingan yang sebaik-baiknya.

 

 

3. Dasar Dakwah Dan Islah

Menjadi hasrat kami juga agar masyarakat menyedari bahawa tanggungjawab dakwah (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) adalah tanggungjawab kita bersama. Jika remajanya cemerlang, negara akan gemilang dan begitulah sebaliknya. Usaha pengislahan (pembaikan) memerlukan komitmen masyarakat, bukan tertumpu kepada individu, keluarga dan organisasi terbabit sahaja. Raudhah Sakeenah Kelantan(RSK) membuka jalan dan peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumber tenaga mereka kepada kerja-kerja kebajikan yang mereka minati. Ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa remaja kita adalah tanggungjawab kita.


APAKAH KEMUDAHAN, PERKHIDMATAN & AKTIVITI DI RSK?

·       Rumah perlindungan yang lengkap, selamat dan mesra

·       Bimbingan bina diri (Motivasi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab)

·       Bimbingan rohani dan agama (Fardhu ‘Ain, Al-Quran, Aqidah, Akhlaq, Seerah, Doa, Bimbingan Mukmin & Hadith)

·       Rekreasi, riadhah dan seni

·       Kemahiran (menjahit, memasak, kraftangan dan komputer)

·       Kaunseling individu

·       Kaunseling kelompok

 


KENAPA PERODUA ARUZ DIPILIH?

Selain daripada kos maintenance yang rendah, Perodua Aruz ini sangat sesuai digunakan oleh pelatih RSK yang kini seramai 15 orang. 

Kenderaan ini amat diperlukan untuk kegunaan membawa pelatih RSK berulang alik ke klinik dan hospital setiap hari selain kegunaan untuk membeli barangan keperluan pelatih.

Buat masa ini, pelatih berulang-alik ke klinik & hospital menggunakan kenderaan persendirian warden yang hanya boleh memuatkan 3 orang pelatih sahaja buat satu-satu masa.

 .............................

Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berterusan buat semua penyumbang dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2021

RAFIE BIN IBRAHIM

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 10, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 10, 2021

Kempen Sumbangan Tamat