MAAHAD TAHFIZ NUR FATTAH

Dimulakan pada May 25, 2022

DANA PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ NUR FATTAH BIDOR

RM7,175 / 1.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM700,000

163 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Membangunkan sebuah bangunan Tahfiz kemahiran yang mampu menempatkan 100 orang pelajar di Kg. Petalin Baru Bidor Perak.


Maahad Tahfiz Nur Fattah (MTNF) merupakan sebuah sekolah pengajian aliran tahfiz Al-Quran dan pengajian kemahiran peringkat asas. Ia ditubuhkan pada awal tahun 2016 sebagai sebuah madrasah pengajian al-Quran biasa sebelum dinaiktaraf sebagai pusat pengajian Al-Quran dan kemahiran pada April 2019. 


Madrasah ini kini beroperasi sepenuhnya di sebuah bangunan jenis rumah teres (corner lot) beralamat di No. 132, Jalan H15, Taman Melawati, 53300, Kuala Lumpur sejak Julai 2020 yang menempatkan 24 orang pelajar yang menetap di asrama dalam bangunan yang sama.




Pada tahun 2016, pihak MTNF telah menerima satu unit tanah wakaf di Kg. Petalin Baru, Bidor, Perak bagi tujuan mendirikan pusat pengajian Al-Quran bagi menempatkan para pelajar MTNF sebanyak 100 orang. Tanah wakaf itu telah didaftarkan sebagai wakaf di bawah Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk) dan diserahkan kuasa kepada MTNF untuk menguruskannya.



Namun oleh kerana kekangan dana kewangan bagi pembangunan projek pembinaan MTNF di Bidor, Perak, pihak MTNF terpaksa menangguhkan beberapa kali projek ini yang sehingga kini masih terbengkalai.




Projek pembangunan ini akan disambung semula, bermula pertengahan tahun ini dengan melibatkan kos pembangunan sebanyak RM2,000,000.00 (Dua Juta Ringgit Malaysia). Fasa pertama pembangunan, madrasah memerlukan sebanyak RM700,000.00 (Tujuh Ratus Ribu Ringgit Malaysia). Sasaran kutipan bagi fasa pertama adalah dalam tempoh 4 bulan sehingga 31 Ogos 2022.


Keistimewaan madrasah ini adalah dilengkapi dengan bengkel kemahiran sesuai dengan matlamat utama penubuhan iaitu ingin melahirkan generasi Huffaz Al-Quran Berkemahiran Tinggi dalam pelbagai sektor pekerjaan. 





Oleh itu, kami ingin mengajak semua para penyumbang untuk menyumbang kepada kempen ini. Bantuan dari para penyumbang yang dermawan amat kami hargai dan bersyukur ke hadrat Ilahi. Semoga Allah membalas segala jasa baik para penyumbang dan diberikan pahala yang sentiasa mengalir selagi mana para pelajar menggunakan fasiliti ini. InsyaAllah. 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda: إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat