INFAQ KOTAK BARANGAN KEPERLUAN ASAS IMAN AMAL FASA 1

RM980 / 9.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita menyumbang untuk Program Bantuan Iman Amal bagi mengagihkan kotak keperluan asas makanan kepada asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, masih banyak keluarga asnaf yang tidak mampu untuk menyara kehidupan harian mereka. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 10,000 keluarga asnaf yang terkesan. Oleh itu, pihak Pertubuhan Iman Amal mengambil inisiatif untuk membantu meringankan beban mereka. 




Setiap bulan, pihak kami akan mengadakan Program Bantuan Iman Amal untuk mengagihkan kotak keperluan asas makanan kepada mereka yang memerlukan. Program ini telah dijalankan di Merbau Sempak, Kubu Gajah dan sekitar Sungai Buloh. Pada masa ini, kotak sumbangan yang diberikan masih lagi tidak mencukupi. Anggaran di Merbau Sempak sahaja sudah melebihi 200 keluarga asnaf. 



Kami ingin menyumbang lebih banyak kotak keperluan asas makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di seluruh Lembah Klang. Anggaran kos bagi setiap kotak sumbangan adalah sebanyak RM100.00. Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk 100 kotak adalah RM10,000.00 untuk fasa pertama. Bantuan ini boleh meringankan beban keluarga asnaf dan keluarga yang terjejas akibat banjir.



“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).


Terima kasih kepada semua penyumbang. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD ARISH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat