PERTUBUHAN DARUL KIFAYAH

Dimulakan pada Jul 17, 2021

INFAQ LIQUID DISINFECTANT UNTUK SURAU MASJID DAN RUMAH TAHFIZ

RM1,623 / 1.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

78 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mengedarkan Cecair Disinfectant 20L (Cecair nyah kuman dan virus) dan alatan penyembur kepada 1000 buah surau dan masjid termasuk rumah-rumah yang menempatkan anak-anak tahfiz.

Alhamdullillah Kerajaan telah pun membenarkan Surau dan Masjid di buka semula bagi aktiviti solat berjemaah. Walaupun dengan menetapkan jumlah maksima Jemaah pada satu-satu masa. InsyaAllah dengan dibuka semula surau dan masjid ini akan membolehkan kita mengimarahkan rumah Allah ini.


Kita sedia maklum bahawa dalam keadaan sekarang statistik Covid 19 masih pada kadar yang sangat tinggi mencecah sehingga 13,000 orang yang disahkan positif dan kematian mencatatkan ratusan setiap hari. Majoriti daripada yang dijangkiti dan mati ini adalah dari kalangan saudara Islam kita.


Di kala surau dan masjid sebelum ini telah lama tidak dapat berfungsi sepenuhnya, maka antara yang paling terjejas ialah kurangnya kutipan sumbangan tabung surau yang mana sebelum ini banyak digunakan bagi tujuan membiaya bil-bil utiliti dan aktiviti program surau dan masjid.


Dalam memastikan keselamatan jemaah-jemaah yang akan hadir untuk mengimarahkan rumah Allah ini dan juga mengambil kira keadaaan kedudukan kewangan kebanyakkan surau dan masjid yang terhad,  Pertubuhan Darul Kifayah mengambil inisiatif untuk mengedarkan Cecair Disinfectant 20 Liter (Cecair nyah kuman dan virus) dan alatan penyembur kepada 1000 buah surau dan masjid termasuk rumah-rumah yang menempatkan anak-anak tahfiz. Ini sebagai langkah untuk memastikan Virus Covid 19 dapat dihapuskan dan menjamin keselamatan Jemaah yang hadir untuk beribadat.


Petikan pesanan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. “Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Khamis (Astro Awani 12/03/2020)


Dengan usaha ini secara langsung kita sebenarnya memelihara nyawa saudara islam kita sendiri yang mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah pasti akan diberikan ganjaran pahala yang besar atas usaha kita ini. Ini selaras dengan Maqasid syariah yang menekankan keselamatan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam situasi wabak COVID-19 memelihara nyawa (hifz an-nafs) amat berkait rapat antara satu sama lain.


Ayuh kita rebut pahala berganda ini insyaAllah untuk sama-sama kita hidupkan semula roh masjid dalam kehidupan.


 

اِنَّمَا يَعْمُرُ مَسٰجِدَ اللّٰهِ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَاَقَامَ الصَّلٰوةَ وَاٰتَى الزَّكٰوةَ وَلَمْ يَخْشَ اِلَّا اللّٰهَ ۗفَعَسٰٓى اُولٰۤىِٕكَ اَنْ يَّكُوْنُوْا مِنَ الْمُهْتَدِيْنَ

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat ke-18 bermaksud: "Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk.



Malah, Rasulullah SAW sendiri menceritakan khabar gembira kepada pencinta rumah Allah SWT dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud: "Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga seperti mana pergi dan pulang."

 

Pastikan keselamatan rumah ibadah dan pelihara nyawa saudara Islam kita untuk hidupkan semula roh masjid dalam kehidupan.

 



Jazakallahukhairankasira 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2021

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2021

Kempen Sumbangan Tamat