Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Update perkembangan terbaru pembinaan Perkampungan Al-Fakeh. Alhamdulillah pembinaan berjalan dengan lancar hasil sumbangan Tuan-tuan dan Puan-puan yang dermawan. Diharapkan anda semua akan terus memberikan sokongan kepada kami untuk menjayakan pembinaan ini secara keseluruhannya. Disertakan di bawah gambar-gambar perkembangan pembinaan setakat hari ini.
View dari luar pondok-pondok yang sedang dibina
View dari dalam pondok-pondok yang sedang dibina
Kami dari Pertubuhan Al Fakeh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang bermurah hati. Kami mendoakan agar anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin Ya Rabb
Alhamdulillah projek pembangunan Perkampungan Al Fakeh kini berjalan dengan lancar hasil sumbangan orang ramai. Terima kasih diucapkan kepada semua para demawan yang bermurah hati memberikan sumbangan & kepercayaan kepada kami untuk membina Perkampungan Sunnah ini. Di perkampungan ini kami akan mengajarkan ilmu-ilmu agama islam kepada anak-anak yatim, anak-anak asnaf, fakir miskin, warga emas dan juga ibu tunggal. Konsep pondok akan digunankan di sini dimana setiap rumah atau pondok ini akan memuatkan 8 orang pelajar. Diharapkan para penyumbang di luar sana tidak berhenti menyumbang agar projek ini dapat disiapkan secepat mungkin. Insyaallah. Semoga sumbangan anda ini dapat menolong anda di akhirat kelak. Amin Ya Rabb.
Pondok yang kini dalam pembinaan, ada di antaranya sudah siap pasang bumbung dan ada juga dalam proses naik tiang
Disertakan juga video-video progress pembinaan Perkampungan Al Fakeh untuk tatapan penyumbang. Insyaallah kami akan update lagi selepas ini tentang perkembangan terkini projek pembangunan ini.
Assalamualaikum wbt kepada semua para penderma yang dermawan. Video ini tentang update kerja pembinaan semula jambatan yang telah rosak yang berada di dalam kawasan Perkampungan Al Fakeh. Jambatan ini amat penting untuk menghubungkan laluan utama jalan raya ke tanah kawasan Perkampungan Al Fakeh.
Update video kerja pembelian dan penghantaran palong yang akan digunakan untuk membina semula jambatan yang telah rosak. Palong ini akan diletakkan di bawah jambatan yang mana ianya bertindak sebagai asas kepada jambatan ringkas ini.
Update video progress pembinaan Perkampungan Al Fakeh di peringkat foundation & piling rumah penginapan untuk bakal pelajar-pelajar Al Fakeh
Assalamualaikum wbt kepada semua para penderma yang dermawan. Update proress kerja-kerja pembinaan Perkampungan Al Fakeh seperti gambar-gambar di bawah. Susunan pembinaan pihak kami mulakan dengan penempatan untuk anak asnaf & yatim berkonsepkan chalet. Pondok warga emas akan menyusul kemudian. Sebuah rumah ada 2 pintu/unit. Setiap 1 unit ada 1 bilik air dan tandas, katil, almari dan meja utk 4 orang pelajar. Pihak kami memulakan pembinaan untuk 3 buah unit dahulu. Unit pertama sudah siap 60% sikit lagi nak habiskan plaster, wiring, pasang tiles dan cat. Unit kedua sudah mula dalam 30%, sudah naik dinding. Pihak kami akan siapkan 3 unit dahulu. Selepas selesai pembinaan 3 unit rumah ini, pihak kami berhasrat untuk membina surau dengan kos dianggarkan sebanyak RM400,000.. Disamping tu pihak kami membaiki jambatan lama yang telah roboh akibat bebanan berat lori. Pihak kami masih memerlukan sumbangan daripada semua penderma yang murah hati di luar sana untuk menjayakan Pembinaan Perkampungan Al Fakeh ini. Perkampungan ini bakal menempatkan anak-anak yatim, asnaf dan warga emas untuk mendalami dan mempelajari Ilmu Al Quran & Ilmu Agama Islam. Selagi ada sumbangan dan rezeki yang kita terima kita akan teruskan pembinaan hingga selesai. Syukur kepada Allah swt. Alhamdulillah. Semoga Allah swt memurahkan rezeki semua para penderma. Amin Ya Rabb!!!