Pertubuhan Al-Fakeh Selangor

Dimulakan pada Feb 18, 2021

RAYUAN INFAQ PENEMPATAN ALFAKEH

RM410,514 / 41.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

20595 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYUAN INFAQ/WAKAF BAGI MEMBANGUNKAN PENEMPATAN ALFAKEH UNTUK ANAK YATIM/ASNAF & PONDOK WARGA EMAS
PERTUBUHAN AL-FAKEH SELANGOR atau panggilan (AL-FAKEH) telah ditubuhkan dan didaftar secara rasmi pada 10hb Januari 2015 dengan Nombor Pendaftaran PPM-003-10-10012015. 

AL-FAKEH adalah cetusan idea yang lahir atas rasa keinsafan, simpati dan rasa tanggungjawab terhadap golongan Anak Asnaf, Anak Yatim dan warga Emas. Mereka ini adalah bakal dan juga telah pun menjadi nadi penggerak kemajuan & pembangunan Negara serta pembangunan modal insan didalam Negara. Namun kita sering dihidangkan dengan paparan berita yang menyayat hati mengenai kisah Anak Asnaf dan Anak Yatim yang hidup serba daif dan miskin. Ada juga di antara mereka yang disisih dan diabaikan. Mereka hidup tanpa hala tujuan. Ada juga yang hidup merempat sebagai gelandangan. Atas dasar inilah AL-FAKEH berhasrat untuk membangunkan sebuah Perkampungan AL-FAKEH bagi menampung membela golongan ini.

Model Perkampungan Al-Fakeh

Anak Asnaf dan Anak Yatim

PERKAMPUNGAN AL-FAKEH akan menempatkan Anak-Anak Asnaf dan Anak-Anak Yatim yang terpilih atas beberapa faktor seperti kemiskinan atau tiada penjaga. Namun AL-FAKEH juga menerima Anak Yatim yang berkemampuan. AL-FAKEH bercadang untuk menyediakan 20 unit penempatan berkonsepkan Chalet Studio Room berukuran 14kaki x 17kaki yang boleh menempatkan 4 pelajar dalam satu masa. Tempat tinggal yang selesa dan bersih diutamakan bagi menampung seramai 80 pelajar.
Mereka akan tinggal di sini dan dibenarkan pulang dua minggu sekali bagi yang masih ada keluarga.

Anak-anak ini akan bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kebangsaan yang berdekatan. Makan, minum dan pengangkutan akan disediakan. Jadual harian disusun bagi mendisiplinkan diri anak-anak. Selain jadual mentelaah pelajaran akademik, diadakan aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, hafazan al-Quran, taranum, kelas fardhu ain, zikir dan tahlil. Penekanan terhadap hafazan al-Quran bertujuan untuk menjadikan mereka seorang hafiz atau hafizah disamping seorang ahli akademik.

PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK) BERSAMA JKM

Turut dicadangkan AL-FAKEH berperanan sebagai Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara aktiviti PAKK yang boleh dilaksanakan ialah pusat komputer, khidmat kaunseling, kelas tuisyen, kelas agama, kelas bimbingan dan bahan rujukan untuk kanak-kanak.

OBJEKTIF ANAK-ANAK AL-FAKEH ini agar dapat melahirkan anak-anak asnaf dan yatim supaya menjadi insan yang berwibawa dan berakhlak mulia ke arah membangunkan masyarakat yang mantap dalam ilmu al-Quran sebagai bekalan duniawi & ukhrawi, InsyaAllah. Besar harapan, agar semua anak-anak yang menetap di AL-FAKEH akan keluar menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat dan bersedia mengharungi kehidupan duniawi yang penuh mencabar dimasa akan datang.

Golongan Warga Emas

Kata kunci : Warga emas, psikologi, penerimaan ilmu dan pendekatan dakwah.

Warga emas merupakan insan istimewa yang sudah berada di penghujung usia. Faktor usia telah mempengaruhi emosi, fizikal, intelektual dan kerohaniannya serta persediaan mereka untuk menghadapi alam selepas kehidupan. Faktor utama ialah kemudahan beribadat dengan penginapan yang selesa dan berhampiran dengan madrasah memudahkan peserta mengamalkan solat berjemaah, hadir di dalam majlis ilmu serta melakukan ibadah yang lain dengan lebih tenteram tanpa sebarang gangguan duniawi.

OBJEKTIF kehadiran warga emas di pondok warga emas ini membawa satu tujuan dan antara perkara utama yang ditekankan ialah menginginkan kehidupan yang aman dan tenteram untuk beribadat kepada Allah SWT tanpa gangguan dari anak cucu. Selama ini mereka mungkin kekurangan masa untuk beribadat disebabkan kekangan kerja atau kekangan dalam membesarkan anak. Malah ada juga warga emas yang terpaksa menjaga cucu kerana anaknya keluar bekerja. Oleh itu, diwaktu usia yang sudah lanjut, mereka mahu berehat dari kesibukan rumah. Tiga aspek utama warga emas memilih untuk tinggal di pondok warga emas ialah:
a. Kemudahan Beribadat.
b. Kemudahan Menuntut Ilmu.
c. Tempat Tinggal yang selesa dan kondusif dengan komuniti rakan sebaya.

CORAK PENGAJIAN ATAU PENGAJIAN KHUSUS

AL-FAKEH merancang untuk mengadakan pengisian yang padat menjadikan pemastautin akan berasa tertinggal jika bercuti lama. InsyaAllah, kaedah pengajian yang disampaikan juga menarik dan mudah difahami, sesuai dengan usia dan tahap pengertian mereka. Modul pengajian akan ditetapkan oleh AJK pengajian yang terdiri dari Pemastautin sendiri. AJK ini akan menetapkan pengajian dan penceramah serta memantau keberkesanan dan penerimaan setiap pengajian sesuai untuk semua lapisan.

Pengajian di AL-FAKEH akan tertumpu kepada pengajian fardhu ain, tauhid, fekah, tasawwuf dan juga pengajian al-Quran yang akan menjadi teras pengajian di AL-FAKEH setiap hari. Pemastautin akan diajar dan dibimbing dengan pengamalan kehidupan sunnah serta adab-adab melakukan ibadah dan pengamalan berzikir untuk penyucian hati. InsyaAllah, Pengurusan AL-FAKEH akan menyusun program supaya pemastautin tidak merasa bosan tinggal di sini. Antara program yang dicadangkan ialah Tahlil Fida, berzanji, maulid dan majlis hari kebesaran Islam. Program-program dan pengisian kerohanian akan mampu mendidik hati dan jiwa pemastautin, InsyaAllah.

KONSEP PONDOK AL-FAKEH

Gambaran Musalla

Pembangunan berpusat di dalam PERKAMPUNGAN AL-FAKEH di mana fasiliti utama seperti Musolla/Madrasah, Dewan Kuliah, Dewan Makan, Pondok Warga Emas dan Pejabat akan dibangunkan dengan kemudahan moden & selesa. Di dataran AL-FAKEH akan disediakan tempat duduk untuk beristirehat dan bersosial seperti pergola yang memberi ruang hijau di sebelah madrasah. Ciri-ciri senireka dan konsep yang cantik Musolla/Madrasah AL-FAKEH membawa erti yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia iaitu Islam, Iman dan Ihsan yang membawa maksud alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta.

BINAAN PONDOK WAKAF

Penempatan berkonsep chalet studio

AL-FAKEH akan membina pondok warga emas sebanyak 72 unit berkonsepkan Chalet Studio Room berukuran 10kaki x 20kaki secara berperingkat. Pembangunan AL-FAKEH di atas tanah yang diwakafkan ini berlandaskan Aqad wakaf tabarru’, yang berasaskan transaksi nirlaba (not for profit transaction). Transaksi ini pada hakikatnya bukan transaksi perniagaan untuk mencari keuntungan duniawi.

LOKASI PEMBANGUNAN

Tapak cadangan ini terletak 4 kilometer dari pekan Sabak Bernam menuju menuju ke Tanjung Malim iaitu sebelum sampai pekan Bagan Terap. Kawasan sekitar tapak cadangan adalah terdiri daripada kawasan perumahan persendirian yang agak jauh diantara satu


Lakaran Pelan Tapak Pembangunan




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2022

HAKHIMADLI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat