YAYASAN HUBBULQURAN

Dimulakan pada Apr 22, 2022

INFAQ AL-QURAN FASA 1

RM1,675 / 1.68 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

75 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tabung kutipan untuk melaksanakan kempen "Generasi Quran" dan salah satunya dengan membuat kutipan untuk infaq al-Quran Karim yang akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.


AL-QURAN SUMBANGAN ANDA DIBACA SETIAP HARI!

BERUNTUNGLAH ANDA IANYA MENDATANG MANFAAT KEPADA PARA PEMBACA AL-QURAN.

PAHALA BERTERUSAN MENANTI ANDA...


YANG UTAMANYA, AL-QURAN SUMBANGAN ANDA AKAN DIGUNAKAN DAN KAMI MENGATUR PROGRAM YANG KHUSUS BAGI MENJAYAKAN MATLAMAT INI.



Sumbangan di dalam tabung ini akan digunakan bagi membiayai pembelian naskah al-Quran untuk diserahkan melalui kempen GENERASI QURAN, diserahkan kepada pusat-pusat pengajian, tahfiz, madrasah dan sebagainya.


MATLAMAT

PASTIKAN ANDA MENDAPAT LAILATUL QADR!


Sumbangan anda juga akan diagihkan kepada yang memerlukan sebagai ganti kepada al-Quran lama/rosak yang dilupuskan dalam program Pemuliaan Al-Quran. Sebahagian sumbangan juga akan digunakan untuk membiayai kelas-kelas tajwid al-Quran atas talian dan kelas talaqi serta pembelian buku tajwid yang akan turut diagihkan kepada masyarakat awam.




MARILAH MENYAHUT SERUAN ALLAH SEBAGAIMANA SURAH ALI IMRAN AYAT 92


لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”


Dalam satu hadis Anas Bin Malik R.A, diceritakan bahawa Abu Talhah merupakan seorang sahabat Ansar yang memiliki kebun kurma yang paling banyak di Madinah. Antara kebun kurma yang paling disayanginya adalah yang terletak di Bairuha’.


Apabila Allah SWT mewahyukan ayat tersebut, lantas Abu Talhah terus berkata kepada Rasulullah SAW:


وَإِنَّ أَحَبَّ أَمْوَالِي إِلَيَّ بَيْرُحَاءَ وَإِنَّهَا صَدَقَةٌ لِلَّهِ أَرْجُو بِرَّهَا وَذُخْرَهَا عِنْدَ اللَّهِ فَضَعْهَا حَيْثُ أَرَاكَ اللَّهُ

“Sesungguhnya antara harta-harta yang saya paling sayangi adalah kebun Bairuha’; Harta itu saya sedekahkan untuk Allah dan saya mengharap balasan kebaikan dan simpanan (pahala) di sisi Allah. Ya Rasulullah, silakan apa yang akan anda lakukan menurut petunjuk Allah kepadamu (terhadap kebun itu)”

Riwayat al-Bukhari (2769)


GENERASI QURAN INI MERUPAKAN PROGRAM SEPANJANG HAYAT

BAGI MENJAMIN AL QURAN KEKAL DIBACA KERANA IA KALAM ALLAH


-TIPS MENDAPAT LAILATUL QADR-
Menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan!

Matlamat dakwah besar ini dapat dicapai melalui perlaksanaan aktiviti berikut:

1. Pembelajaran ilmu tajwid al-Quran melalui kitab tajwid terkemuka

2. Talaqi al-Quran 30 juzuk akan dibuat secara atas talian bagi membuka peluang kepada ramai pelajar di seluruh Malaysia untuk sertai.

3. Bengkel latihan kepada tenaga pengajar (T.O.T) akan disediakan bagi mewujudkan rangkaian GURU AL-QURAN MUDA di seluruh Malaysia.

4. Audio bacaan al-Quran oleh qari tempatan terpilih sesuai dengan kemampuan rakyat Malaysia akan disediakan dan boleh dimuat turun dari laman sesawang bagi kegunaan peribadi pelajar dan pengajar.
5. Pelupusan teks suci al-Quran dengan menggunakan "incenerator" iaitu mesin pembakar yang dapat membuatkan pembakaran secara sempurna.



Semua ini dapat pasti berlaku apabila ANDA menyumbang di dalam perlaksanaan kempen ini. Kata Nabi Yang Mulia " SEBAIK-BAIK KALIAN ADALAH YANG BELAJAR DAN MENGAJAR AL-QURAN"


Ulamak ditanya tentang apa yang dimaksudkan dengan

MENGAJAR AL-QURAN?


Sesiapa sahaja yang terlibat di dalam proses pengajaran termasuklah mereka yang menyediakan kitab pembelajaran adalah tergolong dalam kategori orang yang "MENGAJAR AL QURAN".


-CARANYA ADALAH-

INFAQ AL-QURAN SETIAP MALAM


REBUT PELUANG 10 malam terakhir Ramadan kali ini untuk anda menyumbang nashkah al-Quran yang akan digunakan sepanjang tahun dalam kempen ini.


TAHNIAH!

LAILATUL QADR MILIK ANDA!


Kami telah membuat penelitian dan memilih al-Quran yang terbaik bagi tujuan pengajaran supaya nilai bagi sumbangan anda kekal bermanfaat secara berterusan.




AYUH LAKUKAN SUMBANGAN SEKARANG !

Jom #BuatBaik


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROBYAH TYA YUSOFF

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2022

FAIZSANDRA YUSUFF

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat